Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 8 maut bangunan runtuh di Mesir
  • GLOBAL

8 maut bangunan runtuh di Mesir

Utusan Sarawak 8 hours ago
PASUKAN penyelamat menjalankan kerja-kerja di runtuhan sebuah bangunan yang runtuh di Giza, Mesir, pada 25 Disember 2025. Jumlah korban akibat runtuhan sebuah bangunan kediaman lima tingkat di Wilayah Giza, selatan Kaherah, telah meningkat kepada lapan orang, lapor portal berita milik kerajaan Mesir, Ahram Online, pada Khamis. Foto Xinhua

KAHERAH:  Jumlah korban akibat runtuhan sebuah bangunan kediaman lima tingkat di Wilayah Giza, selatan Kaherah meningkat kepada lapan orang, lapor Xinhua memetik portal berita milik kerajaan Mesir, Ahram Online pada Khamis.

Menurut laporan itu, pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa terakhir yang dilaporkan hilang selepas dua hari operasi pencarian dan pengalihan runtuhan dijalankan secara berterusan.

Kejadian berlaku lewat Selasa di kawasan Imbaba, sebuah kejiranan padat penduduk di Wilayah Giza dan turut mengakibatkan kerosakan pada beberapa bangunan berhampiran. 

Bangunan terjejas telah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga sementara menunggu penilaian keselamatan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Wilayah Giza, pihak berkuasa memaklumkan kerja-kerja pengalihan runtuhan dilakukan secara manual berikutan keadaan jalan yang sempit di lokasi kejadian, sekali gus menghalang penggunaan jentera berat.

Sebuah jawatankuasa kejuruteraan khas ditugaskan untuk menyiasat punca kejadian, termasuk kemungkinan bangunan diubah suai tanpa kelulusan atau melanggar peraturan pembinaan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di Timur Mexico
Next: Ribut ragut 4 nyawa, kerosakan meluas di seluruh California

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.