Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak cipta Rekod Dunia Guinness menjelang 2026
  • TEMPATAN

Sarawak cipta Rekod Dunia Guinness menjelang 2026

Utusan Sarawak 9 hours ago
SARAWAK bakal mengumumkan pencapaian Rekod Dunia Guinness (GWR) sempena Malam Kiraan Detik Menjelang 2026 di Tebingan Kuching pada 31 Disember 2025.

KUCHING: Sarawak mencatat satu lagi detik bersejarah apabila bakal mengumumkan pencapaian Rekod Dunia Guinness (GWR) menerusi satu penerbangan ikonik merentasi negeri ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai Pintu Gerbang ke Borneo.

Pengumuman rasmi Rekod Dunia Guinness itu akan dibuat sempena Malam Kiraan Detik Menjelang 2026 di Tebingan Kuching pada 31 Disember 2025, sekali gus meletakkan Sarawak di pentas global ketika negeri ini bersiap sedia menyambut pelancong antarabangsa bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Guinness World Records, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai badan berautoriti dalam pengesahan pencapaian rekod, memberikan pengesahan bebas dan kredibiliti global terhadap kejayaan yang dicapai.

Pencapaian ini menempatkan Sarawak sebaris dengan komuniti pemegang rekod dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan antarabangsa negeri ini serta menjadi sumber kebanggaan rakyat Sarawak.

Perjalanan yang mencipta rekod tersebut merentasi landskap Sarawak yang pelbagai, dari Tanjung Datu hingga ke Lawas, melibatkan laluan ikonik dan mercu tanda utama negeri ini.

Selain pencapaian teknologi, inisiatif tersebut melambangkan skala, kesalinghubungan dan aspirasi Sarawak, sejajar dengan penjenamaan negeri sebagai Pintu Gerbang ke Borneo.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pencapaian itu melangkaui sekadar mencipta rekod dunia.

“Pencapaian ini mencerminkan kesiapsiagaan Sarawak untuk tampil memimpin dengan idea berani, inovasi dan keyakinan ketika melangkah ke 2026.

Pengumuman Rekod Dunia Guinness pada malam ambang tahun baharu merupakan isyarat jelas momentum yang sedang dibina Sarawak dalam usaha menyambut pelancong global,” katanya.

Beliau menambah, pengumuman Rekod Dunia Guinness sempena Malam Kiraan Detik Menjelang 2026 yang dianjurkan oleh kementeriannya bakal menjadi detik bermakna buat rakyat Sarawak.

Sambutan malam ambang tahun baharu itu akan menampilkan persembahan terpilih artis tempatan, kebangsaan dan antarabangsa, sebelum diakhiri dengan pertunjukan bunga api muzik tepat tengah malam.

Menjelang ketibaan 2026, pencapaian Rekod Dunia Guinness ini menjadi satu mercu tanda penting dalam perjalanan pelancongan Sarawak, sekali gus membuktikan bagaimana inovasi, penceritaan dan skala dapat digabungkan bagi membina naratif global yang berteraskan identiti Sarawak sebagai Pintu Gerbang ke Borneo.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan feri di Pangkalan Feri Jalan Kubu-Kampung Sedaya dilanjutkan sempena Krismas, cuti sekolah
Next: Hospital Bintulu mohon bantuan kesan waris mendiang Adeline Ikau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.