Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Klinik Kesihatan Nyabor dinaik taraf
  • KESIHATAN

Klinik Kesihatan Nyabor dinaik taraf

Utusan Sarawak 21 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir semasa mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Nyabor, dekat sini semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Usaha memperkasakan kualiti perkhidmatan kesihatan di luar bandar terus diperkukuh menerusi pelaksanaan projek pembinaan bangunan baharu Klinik Kesihatan Nyabor yang kini sedang rancak dijalankan bagi memenuhi keperluan komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, berkata projek di bawah seliaan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak itu merupakan langkah proaktif kerajaan dalam memastikan kemudahan kesihatan awam sentiasa relevan dan mampu menampung peningkatan jumlah pesakit.

Menurut beliau, lawatan tapak yang diadakan bertujuan menilai kemajuan kerja pembinaan serta memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan dan spesifikasi ditetapkan.

Skop pembangunan projek tersebut merangkumi pembinaan bangunan tambahan bagi menyediakan ruang operasi yang lebih luas, kerja-kerja pembaikan struktur bangunan sedia ada serta menaik taraf fasiliti klinik agar lebih moden dan berfungsi.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir semasa mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Nyabor, dekat sini semalam. Foto ADUN Kabong

Selain itu, aspek keselamatan turut diberi penekanan melalui penambahbaikan ciri-ciri keselamatan bagi menjamin keselesaan pesakit serta kakitangan perubatan ketika menerima dan menyampaikan rawatan.

“Pelaksanaan projek ini amat penting bagi memastikan Klinik Kesihatan Nyabor dapat beroperasi dalam persekitaran yang lebih kondusif, selamat dan efisien selaras dengan pertambahan jumlah pesakit di kawasan ini,” katanya.

Dalam lawatan sama, Chee Kadir turut menzahirkan sokongan kepada pengurusan klinik dengan menyerahkan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Nyabor bagi kegunaan aktiviti sokongan kesihatan.

Beliau berharap transformasi kemudahan tersebut akan diterjemahkan kepada peningkatan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat sebaik sahaja projek berkenaan siap sepenuhnya sekali gus memperkukuh agenda kesihatan luar bandar di Sarawak. 

Turut hadir ialah Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Nyabor, Penghulu Kamaluddin Rambli.

Oleh Adi Safarman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Mesin hemodialisis baharu tingkatkan perkhidmatan dialisis di Hospital Lundu
Next: Kemurungan selepas bersalin, sindrom kerap tidak disedari ibu kali pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.