Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapan maut, termasuk kanak-kanak, dalam kemalangan SUV di China
  • GLOBAL

Lapan maut, termasuk kanak-kanak, dalam kemalangan SUV di China

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

BEIJING, China: Lapan orang, termasuk kanak-kanak, maut apabila sebuah SUV yang dipandu pengarah tadika hilang kawalan lalu terjunam ke dalam kolam di tenggara China, menurut media kerajaan.

Kejadian itu berlaku pada petang semalam di Daerah Pengze, sebuah kawasan luar bandar kira-kira 480 kilometer (300 batu) di barat Shanghai, yang dipenuhi kolam kecil serta rangkaian anak sungai.

Kemalangan berkenaan berlaku di laluan jalan menurun yang dipercayai licin akibat hujan baru-baru ini, menurut New Security, sebuah penerbitan di bawah akhbar milik kerajaan, People’s Daily Press.

SUV tujuh tempat duduk itu lazimnya digunakan untuk mengangkut kanak-kanak yang menghadiri sebuah tadika swasta di kawasan berkenaan, menurut laporan tersebut.

“Beberapa kanak-kanak dari tadika berkenaan berada di dalam kenderaan itu ketika kemalangan berlaku,” menurut laporan itu yang memetik pegawai tempatan.

Satu kenyataan awal yang dikeluarkan pihak keselamatan daerah pada awal pagi mengesahkan lapan individu maut, termasuk pemandu yang dikenal pasti sebagai seorang wanita berusia 49 tahun dengan nama keluarga Luo.

Kenyataan itu tidak memperincikan maklumat mengenai mangsa lain, namun memaklumkan siasatan masih dijalankan.

Seorang penduduk tempatan berkata anak rakannya yang berusia empat tahun turut terkorban, menurut laporan New Security. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: India berjaya lancar satelit komunikasi AS
Next: Mesir pasang semula bot purba firaun di muzium baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.