
KUCHING: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak, telah mempengerusikan Mesyuarat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini.
Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan aspek keselamatan, kesihatan, dan kebajikan warga kerja bagi mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif.
Selain itu, ia menekankan kepatuhan terhadap prosedur operasi standard, pengurusan risiko di tempat kerja, serta langkah penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut hadir SAC Lim San Aik, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, serta ACP James Jonathan, Pegawai Staf Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak yang juga bertindak sebagai Setiausaha Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat kontinjen.
Selain itu, ketua jabatan dan ketua polis daerah menyertai mesyuarat secara sidang video bagi memastikan penyelarasan serta pelaksanaan dasar keselamatan dan kesihatan dapat dijalankan dengan berkesan di seluruh kontinjen Sarawak.
Oleh Connie Chieng