Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki warga asing ditahan susulan aktiviti di Pasar Lutong
  • JENAYAH

Lelaki warga asing ditahan susulan aktiviti di Pasar Lutong

Utusan Sarawak 9 hours ago
TAHAN… Suspek seorang lelaki warga asing yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di Pasar Lutong, semalam.

MIRI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di Pasar Lutong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri dalam satu kenyataan memaklumkan, tangkapan dilakukan kira-kira 2.30 petang hasil operasi dan pemantauan yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota BSJND Miri.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, polis telah merampas satu peket plastik lutsinar dan 18 keratan tiub straw yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar keseluruhan 8.25 gram,” katanya.

Nilai rampasan dadah tersebut dianggarkan berjumlah RM950. Suspek kemudiannya dibawa ke Lokap Balai Polis Pusat untuk tindakan lanjut dan siasatan.

Menurut kenyataan itu, suspek akan disiasat dan dituduh di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun, selain hukuman sebatan tidak kurang tiga sebatan dan tidak lebih sembilan sebatan.

PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Miri menegaskan komitmen berterusan dalam usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah ini.

Sehubungan itu, orang ramai diminta agar terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan penyalahgunaan dadah yang berlaku di persekitaran masing-masing.

Maklumat boleh disalurkan melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN Sarawak di talian 017-592 9211.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Baharu bebas lima hari, penganggur positif dadah ditahan lagi
Next: Polis sahkan mayat dalam beg adalah Suri Narudin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.