Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pengguna jalan raya diingatkan utamakan keselamatan sempena musim perayaan
  • TEMPATAN

Pengguna jalan raya diingatkan utamakan keselamatan sempena musim perayaan

Utusan Sarawak 7 hours ago
UTAMAKAN KESELAMATAN…Datu Cassidy Morris mengingatkan pengguna jalan raya supaya mengutamakan keselamatan ketika memandu susulan peningkatan trafik sempena musim cuti dan sambutan perayaan, khususnya di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak. Foto JKR Sarawak

MIRI: Pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu susulan peningkatan trafik sempena musim cuti dan sambutan perayaan, khususnya di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datu Cassidy Morris, berkata sikap pemanduan berhemah dan pematuhan peraturan lalu lintas amat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan.

“Pengguna perlu memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, mematuhi had laju serta berhenti berehat sekiranya berasa letih,” katanya pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan 2025 di Pujut, di sini, hari ini.

UTAMAKAN KESELAMATAN…Datu Cassidy Morris mengingatkan pengguna jalan raya supaya mengutamakan keselamatan ketika memandu susulan peningkatan trafik sempena musim cuti dan sambutan perayaan, khususnya di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak. Foto JKR Sarawak

Kempen bertemakan ‘Pandu Cermat, Sampai Pun Selamat’ itu turut menyaksikan pengagihan topi keledar kepada pengguna jalan raya hasil sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan orang ramai bersama-sama menjaga kebersihan di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo sebagai tanda keprihatinan terhadap kemudahan awam yang disediakan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: KPDN Sarawak turun padang pantau harga barang kawalan Krismas 2025
Next: Pameran projek tahun akhir Swinburne Sarawak perkukuh kerjasama industri–universiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.