Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penerbangan Air India ke Mumbai berpatah balik ke Delhi selepas enjin mati
  • GLOBAL

Penerbangan Air India ke Mumbai berpatah balik ke Delhi selepas enjin mati

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENERBANGAN Air India yang berlepas dari Delhi ke Mumbai pada pagi tadi terpaksa melakukan pendaratan cemas dan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi susulan enjin gagal berfungsi.

NEW DELHI: Penerbangan Air India yang berlepas dari Delhi ke Mumbai pada pagi tadi terpaksa melakukan pendaratan cemas dan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi susulan enjin gagal berfungsi, lapor Xinhua.

Menurut pegawai, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut Kementerian Penerbangan Awam, penerbangan Air India AI-887 ke Mumbai berpatah balik ke Delhi akibat masalah teknikal selepas tekanan minyak pada satu daripada enjinnya jatuh ke paras sifar.

Air India memaklumkan bahawa pihaknya telah menyediakan pengaturan alternatif untuk para penumpang, selain menyatakan syarikat penerbangan itu akan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan.

Kementerian Penerbangan Awam juga telah mengarahkan siasatan dijalankan berhubung insiden itu dan meminta laporan terperinci mengenainya.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Perenggan sejuk baharu bakal landa China, bawa cuaca dingin dan salji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.