Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Namewee dibebaskan daripada pertuduhan ambil dadah
  • MAHKAMAH

Namewee dibebaskan daripada pertuduhan ambil dadah

Utusan Sarawak 9 hours ago
Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan penyanyi rap Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee, daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan penyanyi rap Wee Meng Chee, atau lebih dikenali sebagai Namewee, daripada pertuduhan memberikan dadah ke dalam badannya.

Majistret S.Arunjothy membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa memaklumkan bahawa keputusan patologi adalah negatif dan pihaknya menarik balik pertuduhan tersebut.

Arunjothy turut memerintahkan agar wang jaminan sebanyak RM2,000 dikembalikan kepada Namewee.

Terdahulu, peguam Joshua Tay berkata memandangkan laporan patologi adalah negatif, anak guamnya wajar dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

Namewee didakwa melakukan perbuatan itu di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 7.15 malam 22 Okt lepas mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara dua tahun serta pengawasan selama dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Bagaimanapun, beliau masih berdepan pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis ekstasi seberat 5.12 gram di sebuah bilik hotel di Jalan Conlay di sini pada 4.30 petang 22 Okt lepas mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, Namewee berdepan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta tidak kurang tiga sebatan dan maksimum sembilan sebatan.

-BERNAMA

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Mahkamah tolak permohonan Najib berhubung isu tahanan rumah dalam titah adendum
Next: Mahkamah Tinggi arah Chong Chieng Jen bayar RM500,000 kepada Dr Sim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.