
SARIKEI: Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei berjaya menangkap seekor ular sawa yang ditemui di bahagian cermin sisi sebuah kereta, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 petang.
“Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Alffian Sahmat bersama dua anggota bomba bergegas ke lokasi di Lorong 3, Jalan Puyuh selepas menerima pangggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, pengadu memaklumkan terdapat seekor ular sawa berada di bahagian cermin sisi keretanya,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, ular ditangkap menggunakan alat penjerut ular.
“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang lima minit.
“Khidmat khas selesai sepenuhnya pada 3.25 petang,” katanya.
Oleh Earl Anek