Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mbappe samai rekod gol Ronaldo bersama Real Madrid
  • SUKAN

Mbappe samai rekod gol Ronaldo bersama Real Madrid

Utusan Sarawak 5 hours ago
SUKAN… Kylian Mbappe menyamai rekod Cristiano Ronaldo dengan jaringan 59 gol dalam setahun bersama Real Madrid selepas pasukan kendalian Xabi Alonso mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sevilla.

LONDON: Kylian Mbappe menyamai rekod Cristiano Ronaldo dengan jaringan 59 gol dalam setahun bersama Real Madrid selepas pasukan kendalian Xabi Alonso mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sevilla, lapor PA Media/dpa.

Mbappe, yang menyambut ulang tahun kelahirannya, terpaksa menunggu sehingga lima minit terakhir perlawanan untuk memperoleh peluang daripada sepakan penalti sebelum tenang menyempurnakannya bagi menyamai pencapaian Ronaldo yang direkodkan pada 2013.

Terdahulu, Jude Bellingham meletakkan Real di hadapan, sekali gus sedikit mengurangkan tekanan ke atas Alonso serta membawa Los Blancos menghampiri satu mata di belakang Barcelona di puncak LaLiga, sekurang-kurangnya buat sementara waktu.

Real turut dibantu oleh persembahan cemerlang penjaga gol Thibaut Courtois, manakala Sevilla pula terjejas selepas pertahanan mereka, Marcao, dilayangkan kad merah pada pertengahan babak kedua.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kecederaan Isak bimbangkan Slot
Next: Sukan SEA 2025: Kontinjen Malaysia pamer momentum positif menjelang edisi 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.