
SARIKEI: Rondaan pemantauan Monsun Timur Laut (MTL) oleh pihak bomba mendapati paras air di kawasan Jalan Wharf berada dalam keadaan surut dan terkawal.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Arrahman Chik, berkata pemantauan tersebut dilaksanakan pada 12.01 tengah malam tadi.
“Seramai dua anggota bomba bertugas menjalankan rondaan pemantauan di kawasan Jalan Wharf.
“Hasil pemantauan mendapati paras air di kawasan Jalan Wharf berada dalam keadaan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, rondaan pemantauan dilakukan di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan rendah berisiko banjir sepanjang musim MTL.
“Trend paras air semasa pemantauan menunjukkan sedang surut.
“Keadaan cuaca juga didapati baik dan tidak menjejaskan keselamatan di kawasan rondaan,” tambahnya.
Oleh Earl Anek