Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM1.74 juta PMR bagi penambahbaikan 22 Tabika KEMAS di Tanjong Manis
  • Tengah
  • WILAYAH

RM1.74 juta PMR bagi penambahbaikan 22 Tabika KEMAS di Tanjong Manis

Utusan Sarawak 11 hours ago
UNTUK ALBUM….Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab bergambar bersama warga KEMAS Tanjong Manis. Foto Pusat Khidmat Parlimen Tanjong Manis

SARIKEI: Sebanyak RM1.74 juta diperuntukkan melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) bagi melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan melibatkan 22 Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Parlimen Tanjong Manis bagi tempoh 2024 hingga 2025.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir. Yusuf Abd Wahab, berkata peruntukan tersebut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa kemudahan pendidikan awal kanak-kanak serta kesejahteraan masyarakat setempat.

“Melalui peruntukan PMR Parlimen Tanjong Manis bagi 2024 dan 2025, sebanyak 22 Tabika KEMAS telah diluluskan projek penambahbaikan dengan nilai keseluruhan RM1.74 juta.

“Penambahbaikan berkenaan melibatkan peningkatan kemudahan fizikal dan persekitaran pembelajaran bagi memastikan suasana yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk anak-anak serta warga pendidik KEMAS,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap di majlis apresiasi KEMAS Parlimen Tanjong Manis 2025 bertempat di salah sebuah hotel di sini, semalam.

Katanya, penambahbaikan ini penting bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih berkualiti untuk kanak-kanak di bawah seliaan KEMAS.

Yusuf turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga KEMAS atas dedikasi dan komitmen tinggi dalam melaksanakan pelbagai program serta inisiatif sepanjang 2025 demi kesejahteraan masyarakat.

“Penganjuran majlis apresiasi ini bukan sahaja bertujuan memberi pengiktirafan kepada warga KEMAS, malah menjadi platform untuk mengukuhkan silaturahim, meningkatkan motivasi kerja serta menyemai budaya kerja yang positif dan berintegriti,” katanya.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian termasuk tayangan video, gimik perasmian, persembahan daripada zon KEMAS, penyampaian sijil, cenderamata dan cabutan tiket bertuah.

Turut hadir Pegawai KEMAS Daerah Matu/Daro dan Tanjong Manis, Mohamad Jemal Karim, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan (Pembangunan Masyarakat), Nuriza Merais, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan (Pendidikan Kemahiran), Rahimah Ahmat, Pemangku Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran, Arif Saufiah, Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Khairunnisa Jebat dan pesara KEMAS, Rahmah Tering.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ALPH Hospital Saratok santuni pesakit sempena Krismas
Next:
Sambutan Gawai Antu 2025 di Rumah Serit perkukuh adat dan perpaduan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.