Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA 2025: Emas regu lelaki milik Malaysia
  • SUKAN

Sukan SEA 2025: Emas regu lelaki milik Malaysia

Utusan Sarawak 11 hours ago
PASUKAN Sepak Takraw Malaysia meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Vietnam 15-9, 15-9 pada perlawanan akhir acara regu lelaki di Gimnasium Nakhon Pathom, hari ini. Kejayaan itu menamatkan kemarau emas Malaysia dalam acara regu lelaki sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur, selain menambah kutipan emas selepas turut mencipta sejarah menumbangkan Thailand untuk mengungguli acara regu berpasukan lelaki selepas 34 tahun. .Foto BERNAMA

NAKHON PATHOM: Skuad sepak takraw negara meneruskan momentum kecemerlangan apabila meraih pingat emas regu lelaki Sukan SEA Thailand 2025 selepas mengatasi Vietnam 2-0 pada aksi final di Stadium Gimnasium Nakhon Pathom, kira-kira 70 kilometer (km) dari Bangkok di sini, hari ini.

Kejayaan itu menamatkan kemarau emas Malaysia dalam acara regu lelaki sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur, selain menambah koleksi emas kem sepak takraw negara selepas turut mencipta sejarah menumbangkan Thailand untuk menjuarai acara regu berpasukan lelaki selepas 34 tahun.

Pada pertembungan hari ini, trio Malaysia dibarisi tekong Mohamad Syahir Mohd Rosdi, apit kanan Mohamad Azlan Alias dan apit kiri Farhan Adam bermula cemerlang dengan kemenangan 15-9 pada set pertama.

Rentak kemenangan diteruskan pada set kedua apabila trio Vietnam yang dibarisi Ngo Thanh Long, Vuong Minh Chau dan Dau Van Hoang, gagal menyaingi pasukan negara, sekali lagi tewas tunduk 9-15 sekali gus mengesahkanpingat emas buat Malaysia.

Anak buah Ahmad Jais Baharu menutup tirai temasya dwitahunan itu dengan nota positif, apabila saingan regu yang menjadi perlawanan terakhir dan menawarkan pingat, menyaksikan kontinjen menambah emas ke-57.

PASUKAN Sepak Takraw Malaysia meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Vietnam 15-9, 15-9 pada perlawanan akhir acara regu lelaki di Gimnasium Nakhon Pathom, hari ini. Kejayaan itu menamatkan kemarau emas Malaysia dalam acara regu lelaki sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur, selain menambah kutipan emas selepas turut mencipta sejarah menumbangkan Thailand untuk mengungguli acara regu berpasukan lelaki selepas 34 tahun. . Foto BERNAMA

Terdahulu, Vietnam mengejutkan juara bertahan Thailand 2-1 (15-13, 6-15, 15-9) pada aksi separuh akhir regu lelaki manakala Malaysia menundukkan Indonesia 2-0 (15-7, 15-10).

Kekalahan itu menyaksikan Thailand dan Indonesia masing-masing berkongsi gangsa.

Sementara itu dalam aksi wanita, skuad negara menamatkan saingan liga sepusingan dengan berkongsi pingat gangsa bersama Indonesia selepas tewas 2-0 (15-1, 15-12) pada perlawanan terakhir.- Bernama

Continue Reading

Previous: Cabaran Pearly-Thinaah berakhir di separuh akhir badminton Final Jelajah Dunia 2025
Next: Sukan SEA 2025: 39 peratus muka baharu raih pingat, Hoe Yean, Cheong Min atlet terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.