Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • NASA terputus hubungan dengan pengorbit Marikh MAVEN
  • GLOBAL

NASA terputus hubungan dengan pengorbit Marikh MAVEN

Utusan Sarawak 4 hours ago
NASA terputus hubungan dengan pengorbit Marikh MAVEN

WASHINGTON: Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS), Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), terputus hubungan dengan pengorbit Marikh MAVEN, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). 

Seorang jurucakap NASA berkata usaha sedang dijalankan bagi memulihkan semula hubungan komunikasi.

Tiada data berkala diterima sejak kira-kira dua minggu lalu.

NASA pada Isnin memaklumkan bahawa “serpihan ringkas data penjejakan” dari awal bulan ini menunjukkan prob itu mungkin “berputar dalam keadaan yang tidak dijangka.”

Dilancarkan pada akhir 2013, MAVEN telah mengorbit Marikh selama kira-kira 10 tahun dan menyediakan data penyelidikan penting, khususnya mengenai atmosfera planet berkenaan.

NASA turut mengendalikan prob Mars Odyssey dan Mars Reconnaissance Orbiter, selain perayau Curiosity dan Perseverance di permukaan planet merah itu.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Banjir Sumatera: ‘Tsunami Kayu’ ranapkan kediaman, terpaksa minum air lumpur
Next: Pengunjung “serbu” Zoo Ueno susulan pengumuman kepulangan panda ke China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.