Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Moto Gymkhana Borneo 2025 medium cungkil bakat sukan permotoran Sarawak
  • SUKAN

Moto Gymkhana Borneo 2025 medium cungkil bakat sukan permotoran Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERLUMBAAN Moto Gymkhana Borneo 2025 yang berlangsung di tempat parkir bas, Stadium Negeri, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Perlumbaan Moto Gymkhana Borneo 2025 yang berlangsung di tempat parkir bas, Stadium Negeri, hari ini berperanan sebagai platform penting dalam usaha mencungkil dan membangunkan bakat sukan permotoran di peringkat akar umbi di Sarawak.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Khairul Nizam Morshidi berkata penganjuran kejohanan berkenaan memberi peluang kepada atlet tempatan untuk menonjolkan kemahiran serta dinilai bagi pembangunan jangka panjang.

Menurut beliau, SSC komited memperkasa pembangunan sukan permotoran sebagai antara disiplin berpotensi, selaras dengan perancangan pembangunan sukan negeri.

“SSC mempunyai pegawai khusus yang memantau pembangunan sukan permotoran bagi memastikan bakat-bakat tempatan dapat dikenal pasti dan dibimbing ke peringkat negeri, kebangsaan serta antarabangsa,” katanya.

PERLUMBAAN Moto Gymkhana Borneo 2025 yang berlangsung di tempat parkir bas, Stadium Negeri, hari ini. Foto UKAS

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Perlumbaan Moto Gymkhana Borneo 2025 yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Sarawak serta persatuan sukan permotoran negeri.

Mengulas mengenai potensi atlet pelapis, Khairul Nizam berkata kejohanan itu merupakan penganjuran kali pertama dan penilaian bakat akan dibuat oleh pihak teknikal yang dilantik berdasarkan prestasi serta kemahiran peserta.

Sementara itu, Pegawai Projek Perlumbaan Moto Gymkhana Mohd Nadzrul Idzlan berkata program tersebut berperanan sebagai medium pencarian bakat dalam sukan permotoran, khususnya bagi disiplin Gymkhana yang menekankan kemahiran mengawal jentera.

“Program ini adalah promosi pencarian bakat dalam sukan permotoran. Jika sebelum ini lebih kepada drag dan speed, Gymkhana menguji kemahiran kawalan motosikal,” ujarnya.

Menurut beliau, penyertaan program ini tertakluk kepada pemilikan lesen perlumbaan yang diiktiraf oleh Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), bagi memastikan standard keselamatan dan teknikal dipatuhi sepenuhnya.

Turut hadir Ketua Penerangan dan Pengurus Perlumbaan Persatuan Sukan Permotoran Sarawak Bronnie Marshall.

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Sukan SEA 2025: Empat emas bukti kehebatan kem berbasikal trek – Amarjit
Next: Cabaran Pearly-Thinaah berakhir di separuh akhir badminton Final Jelajah Dunia 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.