Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan SEA: Sanjay bangkit, tangisan kegembiraan buat Noor Ainaa
  • SUKAN

Sukan SEA: Sanjay bangkit, tangisan kegembiraan buat Noor Ainaa

Utusan Sarawak 7 hours ago
PASUKAN skuasy negara bergambar selepas berjaya membawa pulang empat pingat emas dan dua perak selepas pada Sukan SEA Thailand 2025 disini hari ini. Foto BERNAMA
ATLET skuasy negara, Noor Ainaa Amani Ampandi ketika beraksi menentang rakan sepasukan, Yee Xin Ying dalam acara perseorangan lelaki pada perlawanan akhir skuasy perseorangan wanita Sukan SEA Thailand 2025 di Kolej Vajiravudh disini har? ini. Noor Ainaa Amani berjaya merangkul pingat emas selepas menang 11-7, 12-10, 8-11, 11-4. Foto BERNAMA

BANGKOK: Pemain skuasy negara Sanjay Jeeva dan Noor Ainaa Amani Ampandi mengukuhkan kedudukan selaku pilihan utama apabila merangkul pingat emas, masing-masing bagi kategori perseorangan lelaki dan wanita, pada Sukan SEA Thailand 2025 di Kolej Vajiravudh, di sini hari ini.

Sanjay mempamerkan aksi cemerlang untuk mengesahkan emas pada perlawanan akhir menentang rakan senegara, apabila bangkit semula selepas tewas pada set pembukaan setelah mengalahkan Duncan Lee 6-11, 11-6, 11-5, 11-4 dalam perlawanan selama 52 minit.

Atlet berusia 26 tahun itu gembira dapat menamatkan penampilan sulungnya dalam temasya itu dengan kejayaan, sekali gus memperkukuh kedudukannya selaku pemain nombor dua negara.

ATLET skuasy negara, Sanjay Jeeva (kiri) beraksi menentang rakan sepasukan, Duncan Lee Yung Yii dalam acara perseorangan lelaki pada perlawanan akhir skuasy perseorangan lelaki Sukan SEA Thailand 2025 di Kolej Vajiravudh disini har? ini. Sanjay Jeeva berjaya merangkul pingat emas selepas menang 6-11, 11-, 11-5, 11-4. Foto BERNAMA

Sanjay turut berpuas hati apabila berjaya membalas kekalahannya kepada Duncan pada Kejohanan Kebangsaan ke-40 di Pulau Pinang pada Ogos lepas, apabila tewas 9-11, 8-11, 8-11.

“Saya tewas kepadanya pada kejohanan kebangsaan, jadi saya tahu perlawanan ini tidak akan mudah kerana sudah pasti dia membuat persediaan rapi.

“Perlawanan ini lebih kepada pertarungan mental bagi kami berdua kerana kami kerap berlatih bersama-sama. Kami mengenali rutin dan cara permainan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Pada aksi final perseorangan wanita pula, pemain nombor 59 dunia Noor Ainaa Amani Ampandi mengetepikan cabaran rakan senegara Yee Xin Ying 11-7, 12-10, 8-11, 11-4 dalam tempoh 35 minit untuk memenangi pingat emas Sukan SEA pertamanya.

Melakukan penampilan sulung dalam temasya dwitahunan itu, Noor Ainaa mengakui tekanan tinggi menjelang perlawanan akhir, khususnya sebagai pilihan utama dan pemain yang lebih berpengalaman berbanding Xin Ying yang menduduki ranking ke-65 dunia.

Noor Ainaa yang menitiskan air mata selepas saingan berkenaan berkata kemenangan itu amat bermakna buat dirinya selepas melalui pelbagai cabaran pada musim ini termasuk bergelut dengan kecederaan pada lutut kanan.

Beliau berkata kejayaan itu meningkatkan keyakinannya dan berharap dapat membantu melonjakkan kedudukannya sekurang-kurangnya dalam kelompok 40 terbaik dunia, selain membuka peluang menyertai lebih banyak kejohanan antarabangsa tahun depan.

Keputusan hari ini menyaksikan Malaysia menyapu bersih kesemua empat pingat emas acara skuasy yang dipertandingkan pada edisi ke-33 sukan itu.

Rabu lepas, Malaysia terlebih dahulu meraih dua emas dalam acara jumbo beregu lelaki dan campuran.

Emas pertama hadir menerusi gandingan Harith Danial Jefri-Sehveettrraa Kumar yang mengecewakan beregu campuran Filipina Jonathan Reyes-Aerra JC Mae Relano 11-5, 11-2.

Harith Danial menambah emas keduanya apabila bergandingan dengan Low Wa Sern mengatasi Reyes-Christopher Buraga 11-4, 8-11, 11-5, menerusi acara jumbo beregu lelaki. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sukan SEA 2025: Skuad Speedy Tigers terus dominasi hoki lelaki, pertahan pingat emas
Next: Sukan SEA: Haritz Iklil raih emas ke-50, cipta rekod baharu sebalik kesayuan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.