MARUDI: Dua sekolah rendah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lenei dan SK Benawa tidak beroperasi kerana paras air di kawasan sekolah agak dalam dan berisko untuk pelajar datang ke sekolah.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Tuan Law Poh Kiong mengesahkan paras air di kedua-dua kawasan tersebut menahan dan menaik.
Dalam pada itu, kawasan lain yang masih terjejas banjir ialah Rumah Vincent Klu, Tanjung Upar mempunyai 33 pintu dengan ketinggian air empat setengah kaki (keadaan air menaik), Rumah Sumping Bandang Linei Hilir (46 pintu ) dengan ketinggian air sedalam satu kaki, dari bawah rumah panjang.
Turut terjejas Rumah Anthony Gaong, Sg Linei (14 pintu) dengan ketinggian air satu kaki dari bawah rumah panjang, Rumah Rok Anji Linai Pulih (16 pintu), dengan ketinggian air satu kaki dari bawah bawah rumah panjang.
Rumah panjang lain yang masih dinaiki air ialah Rumah Lajang Manggie, Sg Linei Hilir (29 pintu) dengan ketinggian air satu kaki darii bawah rumah panjang, Long Maro (53 pintu) dengan ketinggian air empat kaki, Kampung Benawa Marudi (62 pintu) dengan ketinggian air empat kaki dari bwah rumah, Kampung Narum Marudi (7 pintu) dengan ketinggian air, tiga kaki dari bawah rumah, Kampung Kuala Tutoh (71 pintu) dengan ketinggian air, tiga kaki dari bawah rumah panjang.
Sementara Kampung Kuala Tutoh yang mempunyai 71 pintu dengan paras air setinggi tiga kaki dari bawah rumah panjang, Rumah Asong Jaban, Kampung Linei Bukit (33 pintu) dengan ketinggian air sekaki dari bawah rumah panjang, Rumah Chabop Diau, Lubok Aman (19 pintu) dengan ketinggian air tiga kaki dari bawah rumah panjang, Rumah Mugang Jalian, Tanjong Upar (8 pintu) dengan ketinggian air dua kaki dari bawah rumah panjang, Rumah Jipun Jantan, Sg Gaong (14 pintu) dengan paras air setinggi tiga kaki sehingga empat kaki dari bawah rumah panjang dan Lubok Nibong, pasar Lama (3 pintu) ketinggian air satu kaki dari aras tebing dan air masih menahan di semua kawasan yang terjejas banjir.
Oleh Jiku Juguong