Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komitmen GPS pelihara keharmonian agama, bukan sekadar retorik
  • WILAYAH

Komitmen GPS pelihara keharmonian agama, bukan sekadar retorik

Utusan Sarawak 1 day ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri pada majlis ringkas penyampaian geran daripada UNIFOR kepada tiga penerima geran yang berlangsung di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kalaka, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Komitmen kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memastikan keharmonian antara agama di negeri ini bukan sekadar retorik, sebaliknya diterjemahkan secara nyata melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif yang inklusif dan berterusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, pendekatan yang diamalkan kerajaan negeri jelas membuktikan kesungguhan GPS dalam memelihara keharmonian serta hubungan saling menghormati antara penganut pelbagai agama di Sarawak.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas penyampaian geran daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada tiga penerima geran yang berlangsung di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kalaka, hari ini.

Menurut Mohamad Duri, antara penerima geran ialah Lembaga Pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Paul Roban yang menerima peruntukan sebanyak RM111,000.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri pada majlis ringkas penyampaian geran daripada UNIFOR kepada tiga penerima geran yang berlangsung di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kalaka, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Selain itu, projek bina baharu Gereja Baptis Saratok di Sungai Kali turut menerima geran berjumlah RM150,000 bagi tujuan pembinaan dan penambahbaikan kemudahan rumah ibadat berkenaan.

Beliau menegaskan, penyaluran geran tersebut memperlihatkan dasar kerajaan Sarawak yang adil dan saksama tanpa mengira latar belakang agama, selaras dengan aspirasi negeri untuk terus mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk.

Tambahnya, UNIFOR secara konsisten menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan GPS bagi tujuan pembinaan dan baik pulih rumah-rumah ibadat pelbagai agama di seluruh Sarawak.

“Komitmen ini membuktikan bahawa keharmonian antara agama di Sarawak dipelihara melalui tindakan dan dasar yang jelas, bukan sekadar kenyataan,” katanya.

Mohamad Duri turut menyifatkan UNIFOR sebagai satu-satunya agensi seumpamanya di Malaysia yang mencerminkan komitmen mendalam kerajaan GPS terhadap prinsip keterangkuman, keadilan dan saling menghormati dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 235 warga Indonesia dihantar pulang melalui ICQS Tebedu–Entikong
Next: Op Remove: Dua buaya ditangkap di Sungai Krian hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.