Op Remove: Dua buaya ditangkap di Sungai Krian hari ini

Facebook
WhatsApp

Op Remove di Sungai Batang Krian hari ini menumpaskan dua ekor buaya yang masing-masingnya sepanjang dianggarkan 3.2 hingga 4.3 meter. Foto: APM Saratok

SARATOK: Operasi Op Remove bagi pengurangan populasi buaya di Sungai Batang Krian memasuki hari kelima hari ini dengan kejayaan menumpaskan dua ekor buaya, masing-masingnya sepanjang dianggarkan 3.2 hingga 4.3 meter.

Menurut Leftenan Nur Athirah Batu dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Saratok, operasi ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk APM, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta RELA.

Op Remove di Sungai Batang Krian hari ini menumpaskan dua ekor buaya yang masing-masingnya sepanjang dianggarkan 3.2 hingga 4.3 meter. Foto: APM Saratok

Operasi dijalankan melalui pemantauan rapi serta pemasangan set umpan dan kail di beberapa lokasi strategik sepanjang Sungai Krian. Semua buaya yang ditangkap dibawa ke Pusat Operasi untuk tindakan selanjutnya.

Hari kelima operasi tamat dengan selamat tanpa sebarang insiden kecemasan dan dijangka disambung pada esok.

Op Remove di Sungai Batang Krian hari ini menumpaskan dua ekor buaya yang masing-masingnya sepanjang dianggarkan 3.2 hingga 4.3 meter. Foto: APM Saratok

Terdahulu, semalam pihak berkuasa berjaya menangkap seekor buaya katak jenis Crocodylus porosus jantan sepanjang 4.5 meter dengan berat dianggarkan antara 300 hingga 400 kilogram.

Selain itu, maklumat daripada penduduk Rumah Panjang Klua membantu pihak berkuasa menangkap seekor lagi buaya sepanjang 2.7 meter pada hari yang sama.

Operasi berterusan ini diharap dapat memastikan keselamatan penduduk sepanjang kawasan Sungai Krian daripada ancaman buaya.

Oleh Adi Safarman