Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 30 penerima eKasih terima Bakul Rahmah
  • Utara
  • WILAYAH

30 penerima eKasih terima Bakul Rahmah

Utusan Sarawak 18 hours ago
BAKUL MAKANAN… Steve Lius diiring (kiri) Dominic dan Bidin menyampaikan sumbangan Bakul Makanan kepada 30 penerima eKasih di Long Tuma.

LAWAS: Amalan pembelian berhemah mengikut keperluan dan kecukupan keluarga wajar dipraktikkan pada setiap Program Jualan Rahmah MADANI di Lawas.

Exco Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Steve Lius, berharap tiada individu membuat pembelian melebihi keperluan supaya memberi peluang kepada pembeli lain mendapatkan barangan jualan Rahmah yang lebih murah.

BEKALAN MENCUKUPI… Steve mendengar penerangan Dominic yang keperluan bekalan barangan keperluan untuk sambutan krismas di Lawas mencukupi.

“Biarlah kita sama-sama dapat menikmati jualan Rahmah di kawasan masing-masing dan cuba elak membeli secara borong kerana kasihan juga kepada mereka yang lambat datang akibat lokasi mereka yang jauh,” katanya ketika ditemui media selepas mewakili Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, menyempurnakan Penyerahan Bakul Rahmah MADANI sempena Program Jualan Rahmah MADANI Parlimen 222 Lawas kepada 30 penerima eKasih di Dewan Long Tuma, Lawas, pagi tadi.

Terdahulu, Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Sub Cawangan Lawas, Dominic Joseph Bakir, memberitahu bahawa bekalan barangan keperluan bagi perayaan Krismas di daerah ini adalah mencukupi.

PERIKSA TARIKH… Steve kelihatan meneliti dan melihat tarikh luput produk jualan agar sentiasa baru.

Pihak kementerian menganjurkan program Jualan Rahmah sebanyak enam kali sebulan bagi Parlimen Lawas, iaitu tiga kali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba’kelalan dan tiga kali di DUN Bukit Sari, Lawas.

“Program jualan Rahmah ini kita buat sekali sebulan iaitu dalam tempoh berkenaan kita adakan tiga kali untuk setiap DUN di Ba’kelalan dan Bukit Sari,” katanya.

Hadir sama Ahli Majlis Daerah Lawas daripada DUN Ba’kelalan Bidin Untong.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Op Remove: Buaya sembilan kaki ditangkap di Sungai Krian
Next: Lelaki 42 tahun hilang semasa mencari siput sedut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.