Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pekerja cedera terjatuh selepas pasang papan tanda
  • KEMALANGAN

Pekerja cedera terjatuh selepas pasang papan tanda

Utusan Sarawak 18 hours ago
ANGGOTA JBPM Siburan menyelamatkan seorang pekerja yang cedera selepas terjatuh dari kren di Pekan Tapah, Jalan Kuching–Serian.

SERIAN: Seorang pekerja lelaki dilaporkan cedera selepas terjatuh daripada sebuah kren ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda sebuah kedai di Pekan Tapah, Jalan Kuching–Serian, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.53 pagi.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan segera dikerahkan ke lokasi sebaik menerima maklumat.

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati berlaku kemalangan di tempat kerja membabitkan seorang mangsa yang terjatuh daripada kren pada ketinggian kira-kira 10 kaki ketika sedang memasang papan tanda kedai,” menurut kenyataan itu.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian pinggang. Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan Pasukan (EMRS) JBPM bertindak memberikan rawatan awal serta menstabilkan keadaan mangsa sebelum beliau dihantar ke Hospital Serian bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi dikendalikan oleh Komander Operasi, PBK I Shaiful Ismail Othman, dengan kekuatan seramai lima anggota serta melibatkan sebuah jentera CFRT dan sebuah EMRS.

Operasi dilaporkan berjalan lancar dan selesai selepas mangsa berjaya diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lori terbabas langgar pokok, dua cedera
Next: Penunggang motosikal maut, dua cedera dalam kemalangan di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.