Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Patung Bruce Lee kembali ke bandar Bosnia selepas dicuri
  • GLOBAL

Patung Bruce Lee kembali ke bandar Bosnia selepas dicuri

Utusan Sarawak 21 hours ago
GAMBAR ini menunjukkan sebuah patung yang telah dipulihkan bagi menghormati legenda seni mempertahankan diri mendiang Bruce Lee selepas dikembalikan ke lokasi asalnya, lebih setahun selepas ia dicuri, di bandar Mostar di selatan Bosnia pada 17 Disember 2025. Foto AFP

SARAJEVO, Bosnia dan Herzegovina: Sebuah patung yang telah dipulihkan bagi menghormati legenda seni mempertahankan diri mendiang Bruce Lee dikembalikan ke tempat asalnya semalam di sebuah bandar di Bosnia, lebih setahun selepas ia dicuri, lapor media tempatan.

Patung gangsa bersaiz sebenar ikon filem kung-fu itu, digambarkan dalam posisi bertahan sambil memegang kayu nun chaku, pada asalnya dirasmikan di sebuah taman di Mostar pada 2005.

Sejak itu, patung berkenaan beberapa kali menjadi sasaran vandalisme.

Lee dipilih sebagai wira yang boleh diterima dan dikaitkan oleh semua kumpulan etnik di sebuah bandar yang masih berpecah secara mendalam selepas pertempuran sengit antara Croat Bosnia dan Muslim Bosnia semasa perang negara itu pada 1990-an.

Patung tersebut dilaporkan hilang dari taman itu pada Mac 2024, namun ditemui beberapa hari kemudian setelah dipotong kepada beberapa bahagian untuk dijual sebagai besi buruk.

Polis kemudiannya menahan pelaku yang telah merobohkan patung itu dari tapaknya, dan dia dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan awal tahun ini.

Kecurian itu mencetuskan kemarahan orang ramai di bandar selatan tersebut, yang mana patung berkenaan telah menjadi tarikan pelancong.

Ketua lembaga pelancongan bandar itu, Elvira Cemalovic, menegaskan kepentingan patung tersebut kepada penduduk Mostar sebagai simbol “keadilan dan keamanan”, lapor penyiar serantau N1. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Harbin dinobatkan sebagai bandar pelancongan ais dan salji dunia
Next: Senat AS sahkan jutawan Isaacman sebagai ketua baharu NASA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.