

SIBU: Ibu kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, Fatimah Othman, 91, meninggal dunia pada 10.10 semalam akibat sakit tua.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Rejang (RMC) Sibu.
Jenazah beliau telah dibawa ke rumah Datuk Dr Annuar Rapa’ee pagi tadi di Nombor 19B, Jalan Kangkung Sibu dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang Sibu hari ini.
Allahyarhamah merupakan isteri kepada Allahyarham Rapaiee Tarip.
Sepanjang perkahwinan, Allahyarhamah dikurniakan lima anak lelaki dan seorang anak perempuan serta lebih 20 cucu.
Oleh Akun Giman