Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Inisiatif bantuan seragam sekolah bantu persediaan pelajar hadapi sesi 2026
  • PENDIDIKAN

Inisiatif bantuan seragam sekolah bantu persediaan pelajar hadapi sesi 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
TERIMA KASIH… Antara murid yang menerima bantuan pakaian saragam dan kasut sekolah bagi persediaan sesi sekolah 2026. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Usaha meringankan beban ibubapa serta memastikan pelajar memulakan sesi persekolahan dalam keadaan lebih bersedia diteruskan menerusi penyaluran bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah bagi sesi persekolahan 2026.

Ahli Parlimen Sarikei yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata bantuan tersebut telah disampaikan melalui pasukan Pusat Khidmat Repok pada semalam.

“Bantuan ini bertujuan meringankan beban ibubapa serta memastikan para pelajar memulakan sesi persekolahan 2026 dalam keadaan lebih bersedia.

“Bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah diberikan kepada pelajar peralihan dan Tingkatan 1 sebagai persediaan awal menghadapi sesi persekolahan baharu,” katanya ketika dihubungi.

Antara murid sekolah yang menerima bantuan adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Agama (MIS) Sarikei, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Kwong, SJKC Su Lee, SJKC Su Ming, SJKC Sze Lu, SJKC St. Martin, SK Sarikei dan SJKC Siung Hua.

Selain itu, bantuan turut disalurkan kepada murid-murid di SK Sungai Sentebu, SJKC Su Tak, SJKC Tiong Ho, SJKC Kiew Mang, SK Abang Haji Matahir, SK Selangan, SJKC Su Lok, SK Tanah Putih, SJKC Sing Ming serta SJKC Chung Hien.

Katanya, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan beliau untuk memastikan kebajikan pelajar terus diberi perhatian, khususnya dalam kalangan keluarga yang memerlukan.

“Diharapkan bantuan ini dapat memberi manfaat serta menjadi dorongan kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pengiktirafan kecemerlangan murid SK Kuala Baram diperkasa
Next: Pendidikan berkualiti dan sokongan padu pacu kecemerlangan murid SJKC Ming Tee

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.