Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lukanisman hargai pengalaman tiga tahun bersama KKM, fokus kesinambungan projek kesihatan Sarawak
  • SEMASA

Lukanisman hargai pengalaman tiga tahun bersama KKM, fokus kesinambungan projek kesihatan Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
AHLI Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas pertukaran portfolio ke Kementerian Luar Negeri susulan rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

MIRI: Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya barisan hadapan kesihatan atas komitmen berterusan memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan negara berjalan lancar.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata penghargaan itu dizahirkan selepas menerima berita pertukaran portfolionya ke Kementerian Luar Negeri ketika sedang mengadakan lawatan kerja bagi meninjau keadaan Klinik Kesihatan Segambut.

Menurutnya, tempoh tiga tahun bersama KKM merupakan satu fasa yang amat mencabar namun memberi manfaat besar kepadanya sebagai anggota kerajaan, khususnya dalam usaha memperkukuh dasar dan sistem kesihatan negara.

“Sepanjang tempoh tersebut, saya bersama pasukan kesihatan di peringkat Persekutuan dan Sarawak telah menilai semula polisi kesihatan bagi memberi lebih autonomi kepada negeri serta merapatkan jurang infrastruktur kesihatan,” katanya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar Projek Hospital Kanser Sarawak dapat direalisasikan menjelang 2030 demi meningkatkan akses rawatan khusus kepada rakyat negeri itu.

Dalam pada itu, Lukanisman memaklumkan bahawa menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), beberapa projek hospital dan klinik di Sarawak dijangka mula dilaksanakan, antaranya Makmal Kardiologi Invasif di Miri dan Sibu, kerja awalan Hospital Baharu Kapit, bangunan tambahan Hospital Sibu dan Hospital Limbang, selain pembangunan Kompleks Kesihatan Betong dan Mukah.

Turut disenaraikan ialah perancangan bangunan tambahan Hospital Bintulu, pembinaan Klinik Kidurong, Klinik Long San, Klinik Julau, Klinik Sepupok dan Klinik TAHo.

Beliau turut berharap beberapa fasiliti kesihatan lain yang telah lama dinantikan seperti Hospital Petra Jaya, Klinik Tabuan Jaya, Klinik Siburan, Hospital Lawas, serta lebih 50 klinik gantian baharu di Sabah di bawah Projek Klinik Daif dapat direalisasikan dalam tempoh tiga tahun pelaksanaannya bersama KKM.

Mengakhiri kenyataannya, Lukanisman menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga KKM dan menyatakan kesediaannya menggalas amanah baharu di Kementerian Luar Negeri.

“Terima kasih dan semoga maju jaya,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lima wakil Sarawak dilantik Timbalan Menteri baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.