Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Merapok-Lawas
  • KEMALANGAN

Lelaki maut dalam kemalangan kendiri di Jalan Merapok-Lawas

Utusan Sarawak 19 hours ago
TENGGELAM… Kenderaan terbabas ke dalam longkang dipenuhi air akibat hujan lebat di Jalan Merapok-Lawas.

LAWAS: Seorang lelaki maut dalam kemalangan kendiri di KM13 Jalan Merapok-Lawas, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, dalam kenyataan malam ini mengesahkan insiden berlaku pada 5.27 petang melibatkan sebuah kenderaan jenis SUV berdaftar dari negara jiran.

“Kejadian berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa bersama dua penumpang dari arah Merapok menuju ke bandar Lawas hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan masuk ke dalam longkang yang dipenuhi air selepas hujan,” katanya.

Akibat kemalangan itu, kenderaan berkenaan mengalami kerosakan teruk. Pemandu, 63, dari Kuching, cedera parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Lawas.

Dua penumpang iaitu isteri dan rakan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan. Mayat mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Lawas untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil menghubungi balai polis terdekat.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita selamat dalam kemalangan kendiri di Nyelong Bypass
Next: Lelaki maut lori tangki langgar dinding jejambat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.