Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pengharaman vape kekal, memorandum Jemaah Menteri dibentang awal tahun
  • NASIONAL

Pengharaman vape kekal, memorandum Jemaah Menteri dibentang awal tahun

Utusan Sarawak 14 hours ago
MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tengah) ketika sidang media pada lawatan kerja di Hospital Permai hari ini. Turut hadir Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut @ Ahmad (kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon (kiri). Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Kerajaan tetap meneruskan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape dengan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenainya dijangka dibentang pada awal tahun hadapan. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata  MJM itu kini sedang dimuktamadkan untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri, selepas pembentangan tidak sempat dilakukan pada mesyuarat Kabinet sebelum ini.

“Memang kita ke arah pengharaman, isu pokoknya adalah bila. Saya yakin seberapa segera, seperti yang pernah saya katakan iaitu pada pertengahan 2026 atau selewatnya-lewatnya hujung tahun hadapan,”  katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Hospital Permai di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Ling Tiang Soon dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Dr Mohtar Pungut. 

Beliau berkata kerajaan tetap meneruskan langkah berkenaan walaupun berdepan dengan pelbagai pandangan, berikutan peningkatan kes kemudaratan kesihatan melibatkan penggunaan vape, termasuk cecair vape yang dicemari bahan terlarang seperti ganja sintetik.

Dzulkefly berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Ismuni Bohari dan pakar perunding kesihatan awam Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman juga sedang giat melaksanakan kajian meliputi kesan dan implikasi perundangan terhadap masyarakat.

Sebelum ini, Dzulkefly dalam jawapan bertulis di Dewan Negara dilaporkan berkata pelaksanaan pengharaman vape akan dibuat secara berperingkat bermula dengan pengharaman sistem terbuka sebelum diperluas kepada semua jenis vape sehingga meliputi keseluruhan produk. – Bernama

Continue Reading

Previous: 9,425 peluang pekerjaan ditawar majikan kepada prospek penjara tahun ini
Next: Fadillah: Isu MA63, rundingan Petros–Petronas masih dalam proses

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.