Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perarakan Krismas ACS 2025 warnai suasana bandar Sarikei
  • TEMPATAN

Perarakan Krismas ACS 2025 warnai suasana bandar Sarikei

Utusan Sarawak 19 hours ago
HUJAN LEBAT….Hujan lebat tidak mematahkan semangat para peserta dan orang ramai yang menyaksikan perarakan Krismas ACS 2025.

SARIKEI: Lebih kurang 3,000 peserta daripada 18 kontinjen memeriahkan perarakan Krismas Gabungan Gereja-Gereja Sarikei (ACS) 2025 yang berlangsung dengan penuh semangat dan keharmonian pada malam tadi.

Perarakan Krismas tersebut melibatkan penganut Kristian daripada 18 gereja di sini.

Tinjauan Utusan di pekarangan Gereja Katolik St Anthony mendapati para peserta mula berhimpun seawal 5.00 petang bagi membuat persiapan sebelum menyertai sembahyang misa ACS.

HUJAN LEBAT….Hujan lebat tidak mematahkan semangat para peserta dan orang ramai yang menyaksikan perarakan Krismas ACS 2025.

Suasana di sekitar gereja dipenuhi dengan peserta pelbagai peringkat usia yang hadir bersama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Selepas selesai sembahyang misa, perarakan Krismas bermula sekitar 7.30 malam dengan peserta mula bergerak dari pekarangan gereja melalui jalan-jalan utama di bandar.

Walaupun hujan lebat turun sepanjang perarakan, keadaan cuaca tersebut tidak mematahkan semangat para peserta untuk terus menyertai perarakan seperti yang dirancang.

Para peserta dilihat berarak dengan penuh keceriaan sambil mengucapkan selamat menyambut Krismas kepada orang ramai yang menunggu di tepi-tepi jalan bagi menyaksikan perarakan tersebut.

Kehadiran orang ramai yang memenuhi laluan perarakan turut menambah kemeriahan suasana apabila mereka memberikan sokongan serta sambutan meriah kepada para peserta.

HUJAN LEBAT….Hujan lebat tidak mematahkan semangat para peserta dan orang ramai yang menyaksikan perarakan Krismas ACS 2025.

Selain itu, ada juga para peserta turut mengagihkan gula-gula kepada kanak-kanak yang menyaksikan perarakan.

Perarakan tersebut turut diserikan dengan penyertaan sebanyak 12 kenderaan berhias gereja yang dihiasi dengan pelbagai elemen perayaan Krismas, menambah tarikan visual sepanjang laluan perarakan.

Gabungan perarakan pejalan kaki dan kenderaan berhias menjadikan sambutan Krismas lebih berwarna-warni dan ceria. 

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perarakan Krismas 2025 kukuhkan perpaduan komuniti Kristian di Sibu
Next: Barang kemas buatan tangan pengiat seni Kuching serlahkan semangat Krismas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.