Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SJK(C) Kiang Hin mantapkan pendidikan bijak, murid raih pencapaian cemerlang
  • PENDIDIKAN

SJK(C) Kiang Hin mantapkan pendidikan bijak, murid raih pencapaian cemerlang

Utusan Sarawak 7 hours ago
TAHNIAH…..Teck Kee menyampaikan Anugerah Pencapaian Kurikulum kepada murid penerima, Ivan Siew.

SIBU: Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kiang Hin terus komited memajukan konsep ‘Pendidikan Bijak’ demi memastikan murid mendapat persekitaran pembelajaran terbaik.

Pengerusinya, Kapitan So Teck Kee berkata, komitmen itu diterjemahkan melalui kerjasama rapat antara LPS dan pihak sekolah bagi membentuk barisan pendidik yang profesional, berdedikasi serta bekerja sebagai satu pasukan.

“Usaha tersebut merangkumi pembangunan kemudahan sekolah, pencapaian akademik, pendidikan sahsiah serta pengukuhan kemahiran insaniah supaya setiap murid dapat berkembang secara holistik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Aspirasi Graduasi SJKC Kiang Hin 2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan, hari ini.

Majlis yang diadakan penuh meriah itu menyaksikan murid Tahun Enam menerima sijil tamat persekolahan sebagai simbol pencapaian mereka menamatkan sesi akademik tahun ini.

Teck Kee turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan selain mengiktiraf usaha gigih murid sepanjang sesi persekolahan.

Menurutnya, graduasi bukanlah pengakhiran tetapi langkah pertama ke arah perjalanan lebih besar dalam membentuk jati diri dan masa depan pelajar.

“Saya berharap murid terus membina pandangan dunia yang positif, belajar dengan minda terbuka serta menjadi insan berwawasan, berakhlak dan bertanggungjawab pada masa akan datang,” ujarnya.

Turut hadir, Guru Besar SJK(C) Kiang Hin, Ling Ing Kiong.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Kejayaan murid SK Ubong Imang hasil kerjasama warga sekolah dan ibubapa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.