Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • AirBorneo perlu masa, keseimbangan harga kunci perkhidmatan berkualiti di Sarawak
  • TEMPATAN

AirBorneo perlu masa, keseimbangan harga kunci perkhidmatan berkualiti di Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
PESAWAT AirBorneo. Foto web AirBorneo

PETRA JAYA: Sarawak menekankan kepentingan memberi peluang kepada AirBorneo bagi menstabilkan operasi dan harga tiketnya, sekaligus memastikan perkhidmatan penerbangan yang berkesan dan berdaya saing.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penetapan harga dalam industri pengangkutan memerlukan pertimbangan menyeluruh bagi memastikan kelangsungan syarikat serta kepuasan pengguna.

“Pesawat AirBorneo masih belum beroperasi sepenuhnya, justeru sebarang rungutan wajar diberi masa untuk sistem berfungsi dengan baik.

“Jika harga tiket diturunkan terlalu rendah sehingga tidak menampung kos operasi, ia boleh menjejaskan kelangsungan syarikat serta pengendali penerbangan lain yang beroperasi ke Sarawak,” katanya selepas sidang media sambutan Tahun Baru 2026 di sini hari ini.

 DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media sambutan Tahun Baru 2026 di Petra Jaya hari ini. Foto Adele Rissa 

Beliau kemudian menegaskan, “Perlu ada keseimbangan dalam penetapan harga. Jika harga diturunkan terlalu rendah sehingga pengendali lain enggan beroperasi ke Sarawak, akhirnya kita juga yang akan terjejas.”

“Harga ideal adalah subjektif dan bergantung kepada kemampuan penumpang. Bagi sesetengah orang, RM200 lebih masih wajar, tetapi bagi yang lain, ia mungkin dianggap tinggi,” tambahnya.

Dalam pada itu, Abdul Karim turut menekankan bahawa pengalaman mereka yang memandu sendiri dari Sibu ke Kuching, yang memakan kos bahan api sekitar RM50 untuk perjalanan lima jam, menunjukkan bahawa kesabaran diperlukan.

Sistem operasi AirBorneo dijangka akan menyesuaikan harga secara berperingkat apabila penerbangan stabil sepenuhnya.

Beliau menegaskan bahawa fokus utama ialah memastikan operasi AirBorneo berjalan lancar, memberi manfaat kepada rakyat dan pengunjung, serta mengekalkan keseimbangan harga supaya semua pihak dapat menikmati perkhidmatan penerbangan yang berkualiti.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Lina Soo gesa JPJ dan MIROS ambil tindakan segera susulan insiden keselamatan kereta
Next: Eksklusif: Cucur cempedak viral tarik ramai penggemar, 300kg buah habis sehari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.