Jepun keluar amaran tsunami bagi Utara, Timur Laut selepas gempa 6.7 skala Richter

Facebook
WhatsApp

TOKYO: Agensi cuaca Jepun pada Jumaat mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan utara dan timur laut negara itu susulan gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter yang berlaku di Lautan Pasifik berhampiran wilayah Aomori, lapor Kyodo.

Agensi Meteorologi Jepun berkata pantai Pasifik di Hokkaido serta wilayah Aomori, Iwate dan Miyagi dijangka mengalami tsunami setinggi sehingga satu meter selepas gempa yang melanda sekitar 11.44 pagi (waktu tempatan) di bahagian timur Aomori pada kedalaman kira-kira 20 kilometer.

Gempa bumi itu berlaku empat hari selepas gempa kuat berukuran 7.5 pada skala Richter yang melanda pantai timur Aomori pada Isnin, mendorong agensi mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan berlakunya gempa serupa atau lebih besar di kawasan sama dalam beberapa hari akan datang.- Bernama-Kyodo

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara