Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Suspek pembunuhan Charlie Kirk hadir di mahkamah AS
  • GLOBAL

Suspek pembunuhan Charlie Kirk hadir di mahkamah AS

Utusan Sarawak 7 hours ago
TYLER Robinson (tengah), yang dituduh menembak mati Charlie Kirk, berbincang dengan peguam pembelaannya, Kathryn Nester (kiri) dan Staci Visser, semasa satu pendengaran di Mahkamah Daerah Keempat pada 11 Disember 2025 di Provo, Utah. Foto AFP

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh aktivis politik sayap kanan, Charlie Kirk, hadir secara bersemuka di mahkamah AS buat pertama kali semalam.

Tyler Robinson kelihatan tenang ketika para peguam membincangkan isu prosedur berkaitan perbicaraan, yang dijangka menjadi salah satu yang paling mendapat perhatian dalam sejarah moden Amerika.

Pemuda berusia 22 tahun itu, bercukur licin, memakai kemeja cerah dan tali leher di mahkamah Utah. Hakim pada pendengaran terdahulu memutuskan beliau tidak perlu hadir dengan pakaian penjara.

Kirk ditembak mati di kampus kolej Utah pada September, mencetuskan gelombang kesedihan dalam kalangan konservatif dan ancaman tindakan keras terhadap “kiri radikal” daripada Presiden Donald Trump.

HAKIM Mahkamah Daerah Keempat, Tony Graf, mengetuai satu pendengaran untuk Tyler Robinson, yang dituduh menembak mati Charlie Kirk, pada 11 Disember 2025 di Provo, Utah. Foto AFP

Susulan pemburuan besar-besaran, Robinson ditangkap sehari selepas pembunuhan pada 10 September apabila keluarganya memujuknya menyerah diri setelah mengenalinya melalui gambar yang dikeluarkan penyiasat.

Jika disabitkan dengan pembunuhan yang diperhebatkan, Robinson berdepan hukuman mati.

Pihak berkuasa menyatakan dia menembak Kirk dari atas bumbung di seberang kampus Utah Valley University kerana pandangan politik aktivis itu.

Mesej teks antara Robinson dan rakan sebiliknya, seorang “lelaki biologikal yang sedang menjalani proses pertukaran jantina,” turut dikutip pihak berkuasa.

Dalam pertukaran itu, rakan sebilik bertanya mengapa Robinson membunuh Kirk. Robinson didakwa menulis: “Saya sudah cukup dengan kebenciannya. Sesetengah kebencian tidak boleh dirunding.”

Kirk, seorang bapa kepada dua anak, menggunakan TikTok, Instagram, dan YouTube untuk menyokong agenda konservatif, termasuk mengkritik gerakan hak transgender.

Susulan pembunuhan itu, beberapa individu kehilangan pekerjaan selepas dikritik golongan konservatif atas kenyataan mereka di media sosial atau khalayak ramai mengenai Kirk.

Pelawak Jimmy Kimmel turut digantung seketika daripada rancangan di rangkaian ABC selepas tekanan kerajaan, apabila beliau menyatakan gerakan MAGA Trump cuba memanfaatkan pembunuhan itu untuk keuntungan politik. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Lebih 250 dikuarantin susulan wabak campak di Carolina Selatan
Next: Jepun keluar amaran tsunami bagi Utara, Timur Laut selepas gempa 6.7 skala Richter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.