Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ringgit terus mengukuh pada sesi awal susulan data AS lemah, kadar faedah turun
  • BISNES

Ringgit terus mengukuh pada sesi awal susulan data AS lemah, kadar faedah turun

Utusan Sarawak 10 hours ago

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua hari ini, dipacu oleh data negara maju itu yang lemah serta keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar pinjaman utamanya sebanyak 25 mata asas.

Pada jam 8.00 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1000/1100 berbanding dolar AS daripada 4.1040/1105, semalam.

Kali terakhir ringgit diniagakan mencecah paras itu pada 28 April 2021 iaitu 4.1000/1050.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS susut 0.44 peratus kepada 98.348 berikutan data terkini negara itu yang menunjukkan pasaran tenaga kerja yang semakin suram.

Ringgit juga mendapat dorongan pengukuhannya selepas selepas pihak Fed menurunkan 25 mata asas Kadar Dana Persekutuan yang terbukti menepati jangkaan awal.

“Hari ini, kami menjangkakan ringgit kekal dalam julat lebih kecil dan berkemungkinan cuba menembusi paras psikologi RM4.10 berbanding dolar AS,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan rendah dan bercampur-campur berbanding mata wang utama dan serantau pada sesi awal hari ini.

Ringgit rendah berbanding pound Britain kepada 5.4911/5045 daripada 5.4879/4966, turun berbanding euro kepada 4.8138/8256 daripada 4.8025/8101 dan susut berbanding yen Jepun kepada 2.6368/6434 daripada 2.6333/6375.

Berbanding mata wang negara anggota ASEAN, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ini termasuk mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 245.8/246.5 daripada 246.1/246.6, rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1739/1819 daripada 3.1711/1763, susut berbanding baht Thailand kepada 12.9542/9940 daripada 12.9219/9505 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.95/6.97.- Bernama

Continue Reading

Previous: Petros meterai Perjanjian Rangka Kerja dengan CJI, lonjak pembangunan KLCH
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi menjejaki peningkatan Wall Street

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.