Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan runtuh sedang dibaiki
  • TEMPATAN

Jalan runtuh sedang dibaiki

Utusan Sarawak 5 years ago
SEDANG DIPERBAIKI… Kerja-kerja memperbaiki jalan runtuh berhampiran Long Miri dan Long Pilah di Hulu Baram sedang giat diperbaiki oleh syarikat pembalakan, semalam.

MIRI : Jalan balak berhampiran Long Miri dan Long Pilah di Hulu Baram yang runtuh petang Ahad lepas, sedang giat diperbaiki.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau berkata, syarikat pembalakan yang beroperasi di kawasan itu memberi jaminan jalan yang runtuh itu akan segera diperbaiki.

“Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan oleh pihak syarikat pembalakan. Oleh kerana runtuhan tanah itu agak besar, ia akan memerlukan sedikit masa untuk diperbaiki,” katanya di sini.

Jalan berkenaan runtuh berikutan hujan lebat di kawasan Hulu Baram sejak beberapa hari lalu.

Kira-kira 20,000 penduduk dari 30 buah kampung di kawasan berkenaan terjejas akibat kejadian itu.

Continue Reading

Previous: Raptai sambutan Hari Malaysia berjalan lancar
Next: Penduduk mohon kawasan poliklinik ditinggikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.