MARUDI: Unit Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Pekan Marudi telah berjaya mengadakan Konvoi Saberkas sempena sambutan Hari Malaysia 2020.
Menurut Setiausaha Unit Saberkas pekan Marudi, Supardi Hamden, seramai 22 peserta bermotosikal dikalangan belia terlibat dalam program tersebut di mana program ini merupakan aktiviti pertama Unit Saberkas Pekan Marudi tahun ini.
Program berkenaan mendapat sambutan menggalakkan warga belia dan orang ramai yang memberi sokongan padu dan bekerjsama dengan pihak Saberkas.
“Konvoi kami bermula dari jam 8.30 pagi dan dalam masa yang sama kami menyerahkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sarawak kepada lima Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat sekitar Marudi sebagai penghormatan kepada pemimpin peringkat kampung,”katanya.
Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat yang menerima Jalur Gemilang / bendera negeri Sarawak ialah Penghulu Lau Kah Liang ( pekan Marudi ), Ketua Kaum Abdullah Bin Piee ( Kampung Dagang) Ketua Kaum Hashim Bin Tobi ( Kampung Narum ), Penghulu Haji Edrews Bin Haji Abdul Gapar ( Kampung Baru ), Kapitan William Lim Kin Hin ( Kampung Pemindahan ) dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK), Pemindahan Cik Rabiah Bte Ismail ( Kampung Pemindahan ).
Dalam pada itu jelasnya objektif program ini diadakan ialah untuk mengeratkan siratulrahim antara ahli-ahli Seberkas dan dengan penduduk kampung dan warga belia dan menggalakkan mereka menyertai Saberkas.
“ Bagi pihak Unit Saberkas pekan Marudi, kami mengucapkan setingga-tinggi terima kasih kepada Polis Trafik IPD Marudi yang telah memberi kerjasama baik dan memberi sokongan padu sepanjang program dijalankan,” tambah Supardi.
Sehubungan itu Supardi menegaskan bahawa Unit Saberkas Pekan Marudi telah merancang untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan di masa akan datang.
“Bagaimanapun aktiviti yang dirancang itu juga bergantung kepada kemampuan dana dan kami akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk meneruskan aktiviti kami, “ tambah Supardi.
Oleh Jiku Juguong