Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Isu tekanan air rendah SMK Medamit dibawa ke Mesyuarat Pembangunan di Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Isu tekanan air rendah SMK Medamit dibawa ke Mesyuarat Pembangunan di Lawas

Utusan Sarawak 14 hours ago
BAZAR KRISMAS… Hasbi bersama-sama memotong kek sebagai simbolik perasmian Bazar Krismas di pekan Medamit Limbang.  

LIMBANG: Isu tekanan air rendah yang dialami warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Medamit akan dibawa ke Mesyuarat Pembangunan yang dijadualkan berlangsung di Lawas minggu depan.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, tekanan air rendah di sebahagian blok sekolah, khususnya melibatkan asrama pelajar lelaki, telah menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada para pelajar.

Sehubungan itu, pihak Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) dan Pegawai Daerah Limbang telah diminta untuk membawa isu berkenaan ke Mesyuarat Pembangunan yang dijangka akan dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.Sehubungan itu, pihak LAKU dan Pegawai Daerah Limbang telah diminta untuk membawa isu berkenaan ke Mesyuarat Pembangunan yang dijangka akan dipengerusikan oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Kita meminta Pegawai Daerah Limbang untuk membawa isu ini ke Mesyuarat Pembangunan Daerah yang akan diadakan pada Disember ini di Lawas, yang dijangka akan dipengerusikan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah.

“Kita bawa perkara ini supaya pihak LAKU dapat memastikan penyelesaian kenapa tekanan air rendah berlaku dalam sekolah,” katanya ketika berucap pada majlis penangguhan Bazar Krismas Tamu Medamit 2025 Edisi ke-empat di Medamit semalam.

Turut hadir Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Pengerusi Jawatankuasa Tamu Medamit, Rumai Sanggau dan Pengerusi Pengelola Bazaar Krismas Tamu Medamit 2025, Daniel Taha.

Setakat ini, warga sekolah luar bandar berkenaan menikmati bekalan air melalui pelaksanaan bekalan air terawat daripada LAKU sejak 2023, sekali gus berjaya menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi oleh sekolah itu sebelum ini.

Menyentuh mengenai Bazar Krismas Tamu Medamit 2025 edisi keempat, program itu merupakan inisiatif terbaik dalam merancakkan ekonomi penduduk setempat.

Lebih 40 peniaga telah mengesahkan penyertaan merangkumi peniaga makanan dan minuman, produk pertanian serta penternakan termasuk penyertaan peniaga Muslim.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan, termasuk Pertandingan Dart, Pertandingan Miss Kebaya Krismas 2025, persembahan artis jemputan, pertandingan mewarna kanak-kanak serta pertandingan menghias pokok Krismas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang 24 jam ditemui selamat setelah mengekori ‘wanita cantik’
Next: Hujan berterusan, paras air melimpah di beberapa kawasan Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.