Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak terima peruntukan RM829 juta
  • TEMPATAN

Sarawak terima peruntukan RM829 juta

Utusan Sarawak 5 years ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas bersama Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad semasa mengadakan sidang media selepas Mesyuarat Jawatan Kuasa Tertinggi Bersama Perancangan dan Pemantauan Projek Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kerajaan Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuching semalam. • Foto ALIPIAN HYACINTH

KUCHING: Sarawak akan menerima peruntukan berjumlah RM829 juta dari Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, peruntukan itu bertujuan tahun depan Sarawak akan diperuntukkan RM829 juta pembangunan elektrik, air jalan kampung, memperbaiki rumah dan jambatan serta pembangunan infrastruktur asas lain.

“Kawasan luar bandar di Sarawak masih memerlukan bantuan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankusa Tertinggi Bersama Perancangan dan Pemantauan KPLP – Kerajaan Negeri Sarawak Bilangan 1 2020 di sebuah hotel terkemuka semalam.

Sehubungan itu, Uggah menyatakan mesyuarat antara dua pihak kerajaan itu bakal menyelaras program di luar bandar di Sarawak.

“Mesyuarat ini menunjukkan betapa rapatnya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam kita membangunkan rakyat Malaysia di Sarawak,” ujarnya.

Uggah menambah, perbincangan juga menjurus kepada cadangan projek untuk Sarawak pada tahun 2022.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad menegaskan Kerajaan Persekutuan begitu komited dengan kerjasama dengn Kerajaan Sarawak.

“Kita melihat Sarawak sebagai rakan kongsi sebahagian daripada persefahaman konsep federalism jadi ini pilihan yang betul antara kerajaan pusat luar bandar dan Sarawak,” jelasnya.

Dr. Abd Latiff mengakui kerjasama JTB di peringkat tertinggi yang dipengerusikannya dan Uggah jelas memperlihatkan untuk menyelesaikan segala perkara dasar pembangunan luar bandar di Sarawak.

“Kita juga melihat hala tuju luar bandar di peringkat persekutuan dan peringkat negeri,

“Kita juga tahu Sarawak masih memerlukan infrastruktur jalan, elektrik, air dan perhubungan internet,” ujarnya senarai pembangunan utama yang diperlukan oleh Kerajaan Sarawak telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) mulai 2021 dan dijangka dibentang pada Januari hadapan.

Turut hadir, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: Majlis hargai Pengarah Penjara Sarawak
Next: Raptai sambutan Hari Malaysia berjalan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.