Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Projek Kampung Angkat MADANI bukti kerjasama kukuh Persekutuan-Sarawak
  • TEMPATAN

Projek Kampung Angkat MADANI bukti kerjasama kukuh Persekutuan-Sarawak

Utusan Sarawak 12 hours ago
UNTUK RAKYAT…..Nanta menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Fizikal Kampung Angkat MADANI KKR bagi 2025 kepada Tuai Rumah Kiong, hari ini.

KAPIT: Pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI menjadi bukti kukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak dalam memperkasa pembangunan luar bandar.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh pembangunan inklusif, merapatkan jurang bandar dan luar bandar serta meningkatkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira latar belakang atau geografi.

NANTA…..menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Fizikal Kampung Angkat MADANI KKR bagi 2025 kepada Tuai Rumah Kiong, hari ini.

“Saya yakin hubungan strategik ini akan terus menjadi tunjang kepada usaha membangunkan Keluarga Malaysia, khususnya komuniti luar bandar di Sarawak, dan memastikan setiap rakyat menerima manfaat pembangunan secara adil, mampan dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penyerahan Projek Fizikal Kampung Angkat MADANI KKR bagi 2025 di Rumah Kiong, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Kapit itu memberitahu, Projek Kampung Angkat MADANI diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara desa dan bandar, selain menangani cabaran yang dihadapi komuniti luar bandar melalui pendekatan yang lebih holistik.

APA KHABAR…..Nanta bersalaman sambil bertanya khabar penduduk pada Majlis Penyerahan Projek Fizikal Kampung Angkat MADANI KKR bagi 2025 di Rumah Kiong, hari ini.

Menurutnya, matlamat program ini bukan sekadar meningkatkan infrastruktur, tetapi turut memperkukuhkan kesejahteraan sosial, mempertingkatkan akses kepada perkhidmatan kerajaan serta membina komuniti yang lebih harmoni, bersatu padu, berdaya saing dan mampan. 

“Pendekatan ‘Menyeluruh Kerajaan’ dan ‘Menyeluruh Negara’ yang diterapkan memastikan rakyat menerima manfaat secara langsung, cepat dan efektif.

“Saya amat yakin dengan segala projek pembangunan dan penambahbaikan yang dilaksanakan di Kampung Rumah Kiong ini akan membawa manfaat besar kepada seluruh penduduk,” ujarnya.

Katanya, antara usaha yang dijayakan termasuklah pembaikan bumbung rumah panjang, penambahbaikan sistem elektrik bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan warga penduduk. 

“Turut dilaksanakan ialah pembinaan tempat letak motosikal berbumbung, penyediaan perabot baharu, pembinaan tandas tetamu serta pemasangan sistem siaraya bagi melancarkan program dan aktiviti kampung.

“Secara keseluruhannya, projek ini diharapkan menjadi pemangkin kepada pembentukan sebuah komuniti yang lebih tersusun,” kata beliau.

Nanta turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjadikan Kampung Angkat MADANI 2025 di Rumah Kiong satu realiti. 

“Saya amat memahami bahawa terdapat pelbagai cabaran teknikal dan logistik yang perlu diatasi dalam menyiapkan projek infrastruktur di Rumah Kiong.

“Walaupun lokasinya berhampiran Bandar Kapit, masih terdapat kekangan yang memerlukan perancangan teliti serta komitmen tinggi daripada semua pihak bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada penduduk.

“Saya amat berbesar hati apabila dimaklumkan bahawa keseluruhan projek Kampung Angkat MADANI di Rumah Kiong telah disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang memainkan peranan masing-masing secara bersepadu,” katanya lagi.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ICT4HeR perkasa wanita Sarawak kuasai kemahiran digital — Nancy
Next: Kerajaan Sarawak terus perkasa PMKS, 59,900 usahawan terima manfaat lebih RM220 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.