Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arsenal dikejutkan Villa, tamatkan rekod tanpa kalah 
  • SUKAN

Arsenal dikejutkan Villa, tamatkan rekod tanpa kalah 

Utusan Sarawak 21 hours ago

Emiliano Buendia dari Aston Villa (kanan) meraikan jaringannya menentang Arsenal. Foto AFP

BIRMINGHAM (United Kingdom): Aston Villa menamatkan rekod tanpa kalah Arsenal yang berlangsung 18 perlawanan selepas Emiliano Buendia menjaringkan gol kemenangan pada saat akhir untuk memastikan kemenangan dramatik 2-1 di Villa Park.

Arsenal ketinggalan hasil jaringan Matty Cash pada babak pertama sebelum Leandro Trossard menyamakan kedudukan selepas rehat. 

Namun, kesilapan pertahanan Arsenal pada minit akhir membuka ruang untuk Buendia menjaringkan gol penentu.

Kekalahan ini merupakan yang pertama buat Arsenal sejak Ogos, sekali gus memberi tekanan dalam perebutan takhta Liga Perdana. 

Villa kendalian bekas pengurus Arsenal, Unai Emery, kini hanya tiga mata di belakang pendahulu liga itu setelah meraih tujuh kemenangan berturut-turut.

Arsenal yang bergelut dengan kecederaan pertahanan — termasuk ketiadaan Saliba, Gabriel dan Mosquera — kelihatan tidak selesa sepanjang perlawanan. 

Arteta dijangka perlu mendapatkan pemain baharu pada jendela perpindahan Januari untuk mengukuhkan skuad.

Perlawanan berakhir dengan aksi mendebarkan, namun kesilapan Arsenal membersihkan bola membolehkan Buendia merembat masuk gol kemenangan Villa. – AFP

Continue Reading

Previous: Ancelotti sasar permulaan sempurna selepas undian Piala Dunia
Next: Arteta yakin Arsenal akan bangkit selepas dikejutkan Aston Villa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.