Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Perjanjian BDA-Press Metal pacu industri hiliran, tenaga hijau
  • BISNES

Perjanjian BDA-Press Metal pacu industri hiliran, tenaga hijau

Utusan Sarawak 4 hours ago
Gambar sekitar majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Lembaga Kemajuan Bintulu dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd di Bintulu hari ini. Kredit foto Pejabat Premier Sarawak.

BINTULU:  Perjanjian antara BDA Capital dan Press Metal menandakan kemajuan penting bagi industri aluminium hiliran Sarawak serta peranan negeri dalam rantaian bekalan tenaga hijau global.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Sarawak yang dijangka berkembang 5.2 peratus, memiliki potensi pelaburan lebih RM58 bilion. 

“Perjanjian ini juga menyokong strategi Business 2030 untuk menggandakan ekonomi negeri menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Lembaga Kemajuan Bintulu dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd di sini hari ini.

Abang Johari berkata kemudahan fabrikasi aluminium berteknologi tinggi akan dibina di Samalaju, menghasilkan komponen berkualiti tinggi untuk industri solar antarabangsa menggunakan automasi dan robotik.

Katanya, projek ini mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam rantaian pembuatan solar dunia, disokong oleh kelebihan tenaga boleh diperbaharui negeri yang mencatat 70 peratus penjanaan elektrik.

Sarawak kata beliau, turut diiktiraf sebagai hab industri rendah karbon global dan sedang meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui melalui projek solar terapung serta menarik minat pelabur antarabangsa.

Abang Johari menekankan keperluan menghasilkan produk bernilai tinggi dan teknologi tinggi, serta menyatakan sokongan terhadap usaha membangunkan syarikat milik negeri yang beroperasi secara komersial.

Sarawak juga mengembangkan eksport tenaga, termasuk 1GW ke Singapura, selain mula membekalkan elektrik ke Sabah dan meneruskan eksport ke Kalimantan.

Continue Reading

Previous: Sarawak mulakan eksport tenaga ke Sabah, langkah ke arah Grid Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.