

SARIKEI: Lima anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarikei digerakkan ke lokasi insiden pokok tumbang di Jalan Bangunan Kerajaan selepas menerima panggilan kecemasan, hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi, berkata panggilan tersebut diterima pada 9.57 pagi.
“Pengadu memaklumkan pokok tumbang telah menghempap bahagian belakang sebuah rumah di Kuarters Guna Sama Persekutuan, dipercayai akibat hujan lebat dan angin kencang.
“Respons dengan panggilan kecemasan, pasukan APM Sarikei bergerak ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, didapati pokok tumbang telah menghempap bahagian belakang rumah” katanya ketika dihubungi.
Katanya, operasi pemotongan pokok tumbang dijalankan menggunakan mesin gergaji berantai, sebelum sisa pokok dibersihkan dari kawasan rumah tersebut.
“Pokok tumbang berjaya dipotong dan dialihkan sepenuhnya daripada kawasan rumah dengan selamat dan teratur.
“Operasi di lokasi selesai sepenuhnya pada 10.54 pagi,” katanya.
Oleh Earl Anek