Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • IMF pertimbang perohonan bantuan kecemasan AS$200 juta Sri Lanka selepas bencana siklon
  • GLOBAL

IMF pertimbang perohonan bantuan kecemasan AS$200 juta Sri Lanka selepas bencana siklon

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEORANG penduduk mengalihkan sisa barang miliknya dari sebuah rumah yang ditenggelami air selepas banjir kilat susulan Taufan Ditwah di Wellampitiya, di pinggir Colombo pada 5 Disember 2025. Jumlah korban akibat banjir dan tanah runtuh yang dahsyat di Sri Lanka meningkat kepada 607 pada 5 Disember apabila harapan untuk menemui 214 lagi yang masih hilang semakin tipis, menurut Pusat Pengurusan Bencana. Foto AFP

ANKARA: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata pada Jumaat pihaknya sedang meneliti permohonan Sri Lanka untuk pembiayaan kecemasan berjumlah AS$200 juta susulan kemusnahan akibat Siklon Ditwah, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ketua Misi IMF bagi Sri Lanka Evan Papageorgiou berkata dalam satu kenyataan bahawa Kerajaan Sri Lanka telah memohon bantuan kewangan di bawah Instrumen Pembiayaan Pantas (RFI) berjumlah 150.5 juta Hak Pengeluaran Khas (SDR), bersamaan kira-kira 26 peratus kouta IMF negara itu atau sekitar AS$200 juta.

“Permohonan itu kini sedang dipertimbangkan dan tertakluk kepada kelulusan Lembaga Eksekutif IMF,” kata Papageorgiou menurut kenyataan itu.

Siklon yang melanda negara pulau berkenaan awal minggu ini membawa kemusnahan besar serta mencetuskan cabaran kemanusiaan dan ekonomi yang ketara.

“Susulan impak dahsyat dan kemusnahan meluas yang dicetuskan oleh Siklon Ditwah, kami merakamkan ucapan takziah  kepada rakyat Sri Lanka,” kata Papageorgiou.

IMF turut mengulangi komitmennya terhadap usaha pemulihan serta pengukuhan daya tahan masa depan negara itu.

“IMF kekal berhubung rapat dengan pihak berkuasa Sri Lanka dalam tempoh mencabar ini dan komited menyokong negara itu ketika ia melaksanakan usaha mendesak untuk pulih, membina semula dan meningkatkan ketahanan pada masa depan,” menurut kenyataan itu.

RFI direka untuk menyediakan bantuan kewangan segera kepada negara anggota yang berdepan keperluan mendesak imbangan pembayaran, termasuk yang berpunca daripada bencana alam.

Kelulusan Lembaga Eksekutif IMF diperlukan sebelum dana boleh disalurkan.

Di Sri Lanka, angka korban akibat Siklon Ditwah meningkat kepada 607 orang, dengan 214 masih hilang sejak ribut itu melanda pada 17 November, menurut laporan Pusat Pengurusan Bencana negara itu pada Jumaat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh di selatan Thailand, manakala 367 lagi masih hilang. Empat kematian dilaporkan di India dan tiga di Malaysia susulan cuaca buruk.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Kekacauan di lapangan terbang India selepas IndiGo batalkan 1,000 penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.