Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pemergian Bung Moktar: Sedih namun anak lelaki arwah bersyukur urusan pengebumian bapa lancar
  • NASIONAL

Pemergian Bung Moktar: Sedih namun anak lelaki arwah bersyukur urusan pengebumian bapa lancar

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANAK lelaki Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Mohammad Naim Kurniawan Moktar, menyiram air mawar di pusara bapanya di Tanah Perkuburan Kampung Likas hari ini. Foto Bernama

KOTA KINABALU: Anak kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Naim Kurniawan Moktar berterima kasih kepada semua termasuk pemimpin negeri dan negara yang menyampaikan ucapan takziah atas pemergian tokoh politik itu.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta semua yang hadir menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada bapanya.

“Bagi pihak keluarga besar kami, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Ramai yang hadir tanpa mengira fahaman politik dan saya sangat berterima kasih,” katanya kepada pemberita selepas pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Likas di sini, hari ini.

Naim Kurniawan berkata walaupun sedih dengan pemergian Allahyarham, namun beliau bersyukur kerana urusan bapanya berjalan lancar.

Ditanya jika beliau akan meneruskan legasi Allahyarham sebagai wakil rakyat, Naim Kurniawan menyerahkan perkara itu kepada rakyat dan pucuk pimpinan parti.

Bung Moktar, 66, yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi tadi.

Allahyarham mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 November.- Bernama

Continue Reading

Previous: Jenazah Bung Moktar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas
Next: PM lancar SPINE, perkukuh integriti dan governans sektor awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.