Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan berpaksikan murid kunci rapatkan jurang sosial, guru dapat sokongan lebih kukuh
  • PENDIDIKAN

Pendidikan berpaksikan murid kunci rapatkan jurang sosial, guru dapat sokongan lebih kukuh

Utusan Sarawak 2 hours ago
TAHNIAH….Dr Sim menyampaikan penghargaan kepada Cikgu Tan Hoon Cho dari SM Kiang Hin, Sibu yang berkhidmat 40 tahun. Turut disaksikan oleh Lau (kanan) di Wisma Huawen Du Zhong, hari ini.

SIBU: Pembaharuan pendidikan berpaksikan murid menjadi kunci kepada usaha merapatkan jurang sosial yang semakin meluas dalam kalangan guru sekolah menengah persendirian Cina di Sarawak.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sarawak, Temenggong Dato Vincent Lau berkata, pihaknya komited memperkukuhkan sistem gaji dan kebajikan guru bagi memastikan golongan pendidik itu terus dilindungi serta diiktiraf sewajarnya.

“Diharapkan guru bukan sahaja menerima sokongan moral, tetapi turut menikmati sokongan sumber dan jaminan kerjaya jangka panjang yang mampu memacu mereka berkembang saban tahun serta mencapai aspirasi pendidikan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Lama dan Persaraan Guru-Guru Sekolah Menengah Persendirian Cina Sarawak 2025 di Wisma Huawen Duzhong, hari ini.

Lau berkata, kestabilan kerajaan Sarawak memainkan peranan penting dalam memastikan guru menikmati peluang pembangunan profesional kebajikan dipertingkat serta persekitaran pengajaran yang kondusif.

Menurutnya, sejak 2014, Lembaga Pengurusan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sarawak menyediakan sokongan kewangan berterusan untuk latihan guru.

“Bermula dengan RM3 juta setahun sebelum dinaikkan kepada RM5 juta, dan sejak 2021 peruntukan tahunan RM10 juta terus dikekalkan khusus untuk pembangunan guru. Dalam tempoh 11 tahun, jumlah keseluruhan pembiayaan melebihi RM29 juta,” jelasnya.

Pada masa ini, Persatuan Guru Sekolah Menengah Persendirian Cina Sarawak turut memperuntukkan RM900,000 kepada 14 sekolah bagi pembangunan guru, termasuk RM100,000 untuk melatih 600 guru manakala selebihnya digunakan untuk program pembangunan di peringkat sekolah.

“Tahun ini, RM371,000 turut diagihkan kepada 11 sekolah bagi tujuan kebajikan, memberi manfaat kepada 164 guru,” ujarnya.

Lau berkata, pencapaian memberangsangkan turut direkodkan apabila peratusan guru sekolah persendirian yang memenuhi standard kelayakan mengajar meningkat daripada 44.33 peratus pada 2022 kepada 62.18 peratus tahun ini.

Katanya, peningkatan itu mencerminkan kematangan guru serta komitmen mereka terhadap pembangunan profesional dan usaha meningkatkan mutu pengajaran.

Lau turut merakam penghargaan kepada guru yang telah berkhidmat sehingga 40 tahun, termasuk guru dari Catholic High School, Sekolah Menengah Wong Nai Siong, Sekolah Menengah Guong Ming, Sekolah Menengah Kiang Hin, Sekolah Kai Dee Bintulu dan Sekolah Miri Pei Ming, selain guru bersara dan pendidik cemerlang.

“Selama empat dekad, mereka telah mendedikasikan tenaga dan usia muda demi pendidikan sekolah persendirian Cina, menyaksikan peningkatan pelajar yang kini ada antaranya menjadi pemimpin masyarakat serta tokoh berpengaruh,” katanya.

Beliau berkata, meskipun tidak lagi berada di sekolah, jasa dan asas pendidikan yang dibina oleh para guru akan terus menjadi tunjang kepada kelangsungan generasi pelajar akan datang.

“Guru tetap menjadi sumber kekuatan abadi kepada pendidikan sekolah persendirian,” tegasnya.

Turut hadir, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng, Pengerusi Gabungan Persatuan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sibu, Datuk Tiong Thai King serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Bahasa Inggeris kunci akses ilmu, generasi muda digesa tingkat penguasaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.