Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Jom Ngaji Rami-Rami’ himpunkan lebih 200 peserta
  • TEMPATAN

‘Jom Ngaji Rami-Rami’ himpunkan lebih 200 peserta

Utusan Sarawak 1 hour ago
MAJLIS Silaturahim al-Quran 2025 Khatam al-Quran dan Tadabbur Surah al-Insyirah
‘Jom Ngaji Rami-Rami’.

PETRA JAYA: Majlis Silaturahim al-Quran 2025 Khatam al-Quran dan Tadabbur Surah al-Insyirah ‘Jom Ngaji Rami-Rami’ berjaya menghimpunkan lebih 200 peserta dari Rumah Ngaji Dr Fatimah di Dewan Hikmah di sini, semalam.

DR Fatimah Bujang.

Menerusi majlis tersebut, peserta terdiri daripada lelaki dan wanita itu diberi penerangan surah al-Mulk, al-Insyirah serta beberapa surah lain oleh Pengarah Akademi Antarabangsa NQC, Mesir, Sheikh Muhammad Nassar.

Pengerusi Penganjur Majlis Silaturahim al-Quran, Dr. Fatimah Bujang berkata majlis silaturahim itu bermula pada 2017 di Dewan Hikmah di sini, berjaya menarik kira-kira 1,000 peserta.

Ia kemudian disusuli pada 2018 yang diadakan di Kota Samarahan diikuti 2024 (Dewan Hikmah) dan pada tahun ini. 

“Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat sekitar.

“Idea untuk mengadakan program seumpama ini tercetus apabila satu kajian dijalankan mendapati  masih ramai dalam kalangan kita kurang mahir membaca al-Quran dengan lancar dan tepat.

“Oleh itu, majlis ilmu seperti ini dapat membantu masyarakat kita membaca al-Quran dengan baik,” katanya di sini, semalam.

SEBAHAGIAN peserta menghadiri Majlis Silaturahim al-Quran 2025 Khatam al-Quran dan Tadabbur Surah Al-Insyirah “Jom Ngaji Rami-Rami” di Dewan Hikmah, Kuching, semalam.

Dr Fatimah turut menjelaskan, peserta turut menghadiri bengkel surah diikuti khatam al-Quran dan keputusan tilawah al-Quran.

Bagi tilawah al-Quran itu katanya, seramai 54 peserta telah memperdengarkan bacaan masing-masing. Majlis tersebut dianjurkan Rumah Ngaji Dr. Fatimah dengan kerjasama Kolej SIDMA Sarawak, Pusat Pengembangan al-Quran Darul Hana dan Hikmah.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 92 pekerja sebuah syarikat perkapalan sertai latihan kebakaran bersama BBP Lutong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.