Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 92 pekerja sebuah syarikat perkapalan sertai latihan kebakaran bersama BBP Lutong
  • TEMPATAN

92 pekerja sebuah syarikat perkapalan sertai latihan kebakaran bersama BBP Lutong

Utusan Sarawak 2 hours ago
TINGKAT KESEDARAN…Pekerja sebuah syarikat perkapalan menyertai latihan kebakaran dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang dikendalikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, semalam.

MIRI: Seramai 92 pekerja sebuah syarikat perkapalan di Kuala Baram di sini semalam menyertai latihan kebakaran dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang dikendalikan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong.

Latihan bermula 8.30 pagi itu dipimpin oleh Ketua Balai BBP Lutong, Henry Jugah, bersama Pasukan Bravo sebagai usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan pekerja sekiranya berlaku insiden kecemasan di kawasan limbungan kapal tersebut.

Latihan sebegini penting bagi memastikan pekerja lebih bersedia menghadapi situasi sebenar.

Sepanjang latihan, peserta diberi penerangan mengenai cara keluar bangunan dengan teratur, kaedah menggunakan alat pemadam api serta langkah respon awal yang betul.

Menurut Henry, sesi ulasan selepas program turut diadakan bersama pihak pengurusan keselamatan syarikat bagi menilai keberkesanan keseluruhan latihan dan mengenal pasti ruang penambahbaikan.

Program berakhir sekitar 11.30 pagi tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi hargai sumbangan NGO perkukuh struktur sokongan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.