Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah teres musnah terbakar di Batu Kawa
  • KEBAKARAN

Rumah teres musnah terbakar di Batu Kawa

Utusan Sarawak 10 hours ago
DUA rumah teres di Everbright Estate, Lorong 2C Jalan Batu Kawa musnah dalam satu kejadian kebakaran petang tadi. Foto BBP Batu Lintang

KUCHING: Dua rumah teres di Everbright Estate, Lorong 2C Jalan Batu Kawa di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), sebaik menerima panggilan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bergegas ke lokasi dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Padungan.

Komander Operasi, Gajau Jemat berkata, setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan dua rumah teres bersaiz kira-kira 20×40 kaki setiap satu.

“Rumah pertama didapati terbakar 100 peratus manakala rumah kedua terbakar sehingga 30 peratus. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini,” katanya.

Pasukan bomba masih berusaha memadam api serta mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah bersebelahan dengan menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki, empat nozel serta satu salur bantu mula.

Sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran bagi mempercepatkan operasi pemadaman.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 38 penumpang selamat, bot terbakar di Labuan
Next: Tindakan pantas pemilik premis berjaya padam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.