Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Produk kosmetik Uyana Tone Up Night Cream beracun, jualan dihentikan di Malaysia – KKM
  • KESIHATAN

Produk kosmetik Uyana Tone Up Night Cream beracun, jualan dihentikan di Malaysia – KKM

Utusan Sarawak 14 hours ago

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi produk kosmetik Uyana Tone Up Night Cream selepas dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri dan tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.

KKM memaklumkan merkuri dilarang di dalam kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. 

“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” menurut KKM dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, KKM menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan kosmetik terbabit.

“Penjual dan pengedar kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran kosmetik tersebut dengan serta-merta. 

— LAGI

KKM-KOSMETIK 2 (AKHIR) PUTRAJAYA

“Penjualan dan pengedaran kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” menurut kenyataan itu.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan berkenaan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

Syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda hingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan hingga RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.

— BERNAMA

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: DUN: Projek Pusat Kanser bernilai RM1.52 bilion bermula tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.