Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ishak Ayub dakwa terima restu Presiden, pendirian STAR tidak berubah
  • NASIONAL

Ishak Ayub dakwa terima restu Presiden, pendirian STAR tidak berubah

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Mohd Ishak Ayub mengangkat sumpah pada Istiadat Angkat Sumpah Pembantu-Pembantu Menteri dan penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Dilantik di Istana Seri Kinabalu hari ini. Foto Bernama

KOTA KINABALU: Datuk Mohd Ishak Ayub mendakwa pelantikannya dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri telah dimaklumkan kepada Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, semalam.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor itu berkata beliau belum bersemuka dengan Presiden STAR itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kedudukannya dalam kerajaan susulan pendirian parti yang belum berubah.

“Saya sudah memberi maklumat kepada Presiden (Jeffrey). Presiden beri restu kepada saya semalam. Itulah situasi sekarang ini. Saya masih perlu berjumpa dengan Presiden saya, kerana beliau ialah Presiden.

“Saya masih ahli parti. Dari segi perundangan, saya tidak pasti sama ada saya dibenarkan untuk berada dalam kerajaan, oleh itu saya belum dapat mengulas dengan lebih lanjut buat masa ini.” katanya kepada Bernama selepas istiadat angkat sumpah di Istana Seri Kinabalu.

Sebanyak 17 ADUN mengangkat sumpah jawatan Pembantu Menteri Sabah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Turut hadir isteri Tun Musa Aman, Toh Puan Faridah Tussin, dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isterinya Datin Seri Juliah Salag.

Terdahulu, Jeffrey dalam kenyataan berkata parti itu tidak menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri pimpinan GRS, sebaliknya memilih kekal sebagai pembangkang, dan tindakan Mohd Ishak hari ini adalah tindakan individu bukan cerminan pendirian parti itu.

Mohd Ishak berkata sebarang keputusan mengenai kedudukannya akan dibincangkan bersama Presiden parti, termasuk aspek perundangan serta keserasian kedudukan itu dengan pendirian semasa STAR.

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa peranan sebagai wakil rakyat tetap perlu dilaksanakan tanpa mengira sama ada berada di blok kerajaan atau pembangkang demi kepentingan Sabah.

Mengulas kerajaan baharu GRS, beliau yakin kesinambungan pentadbiran lima tahun lepas akan memudahkan penyelesaian projek-projek yang belum ditamatkan.

“Sebab GRS ini sudah memerintah selama lima tahun dan juga ini kesinambunganlah. Kesinambungan apa yang sudah dibuat selama lima tahun ini.

“Jadi rakyat sudah memberikan mandat untuk kerajaan baharu dikekalkan, GRS. Jadi saya rasa kerja-kerja yang belum diselesaikan akan disempurnakan selepas ini,” katanya.

Selain itu, beliau berharap dapat menjadi jambatan untuk menyatukan semua parti tempatan, kerana parti STAR mempunyai slogan ‘Unity is Duty’, maka semua perlu bersatu.

Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php. – Bernama

Continue Reading

Previous: Warisan nafi dakwaan cuba “beli”, pujuk ADUN untuk bentuk kerajaan negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.